Selasa, 20 Jun 2017

Fed Evans Positif Dengan Kenaikan Kadar Perlahan-Lahan

Presiden Fed Chicago Charles Evans berkata pada Isnin bahawa, “dengan inflasi sukar untuk meningkat walaupun kadar pengangguran capai paras terendah 16 tahun lalu, The Federal Reserve harus menaikkan kadar faedah perlahan-lahan.”

“Dengan melihat data ekonomi yang perlahan, “Saya tidak melihat kenapa kita tidak perlu menunggu lebih banyak masa,” kata Evans kepada wartawan selepas ucapannya di Universiti New York.

Tambah beliau, perkara penting adalah keadaan ekonomi semasa menyokong kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur dan juga pengurangan penyata imbangan secara perlahan.

Beliau mengulangi ucapan yang hampir sama pernah beliau berikan pada Mei di mana beliau berkata, “Dengan Fed telah mencapai sasaran gunatenaga penuh, hasil polisi selama ini meleset kerana sasaran inflasi 2% masih belum dicapai.”

Kadar pengangguran telah jatuh ke paras terendah 4.3% pada Mei, tetapi inflasi masih bergerak jauh dari kadar sasaran 2%.

Walaupun beliau memberi amaran inflasi terlalu rendah, Evans minggu lalu mengundi kenaikan kadar faedah bank pusat. Kenaikan kadar faedah biasanya bertujuan memperlahankan pertumbuhan ekonomi dan kenaikan inflasi.

The post Fed Evans Positif Dengan Kenaikan Kadar Perlahan-Lahan appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPRcyN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News