Selasa, 6 Jun 2017

Budak Cedera Tangan Terkena Mercun Bola


KUALA TERENGGANU: Seorang murid Tahun Tiga nyaris kehilangan tangan kirinya selepas percubaannya menggabungkan dua mercun bola menjadi satu meletup sebelum sempat ditanam di dalam tanah.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, di Wakaf Beruas di sini, mangsa Muhammad Afiq Hamdi Mohd Rozi, 9, mengalami luka dan lecur sehingga berlaku pendarahan serius di tangan kirinya dan mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Muhammad Afiq Hamdi, berkata dia sedang menggali tanah untuk menanam dua mercun bola yang digabungkannya bagi mendapatkan hasil letupan lebih kuat.

"Sebelum sempat saya menimbus tanah itu, mercun di dalam lubang itu meletup dengan pantas sebaik sumbu dinyalakan.

"Sebaik ia meletup tangan saya berlumuran darah dan segera pulang ke rumah untuk mendapatkan bantuan," katanya yang ditemui di HSNZ. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZLxpb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News