Selasa, 6 Jun 2017

Trump Terus Cari Pasal Dengan Datuk Bandar London


LONDON: Presiden Donald Trump, sekali lagi mengecam Datuk Bandar London, Sadiq Khan berhubung reaksinya terhadap serangan maut di bandar raya itu ketika rakyat Britain dan ahli politik memuji cara Khan mengendalikan keadaan selepas tragedi berkenaan. 

Trump menuduh Khan membuat 'alasan menyedihkan' berhubung kenyataannya menggesa penduduk London supaya tidak bimbang dengan kehadiran ramai anggota polis di jalan raya berikutan serangan itu. 

Namun Perdana Menteri Britain, Theresa May, berkata Khan melakukan tugas yang baik, mengulangi sentimen warga London. 

Tiga militan memandu van dan merempuh pejalan kaki di London Bridge malam Sabtu lalu, sebelum menuju kawasan Pasar Borough dan mengelar leher dan menikam mangsa secara rambang. Polis menembak mati ketiga-tiga militan itu. 

Pagi kelmarin, Khan berkata penduduk akan melihat pertambahan jumlah anggota polis di jalan raya di kota raya itu dan tidak perlu bimbang mengenainya. 

Trump mempersendakan komen Khan kelmarin, berkata dalam Twitter bahawa Khan memandang remeh serangan itu. Jurucakap Khan bertindak balas mengatakan beliau mempunyai lebih banyak tugas penting untuk dilakukan daripada membalas tweet Trump yang 'kurang maklumat'. 

Komen Trump dikritik hebat di Britain tetapi presiden AS itu terus mengecam Khan semalam, berkata dalam Twitter: 

"Alasan menyedihkan oleh Datuk Bandar London, Sadiq Khan, yang perlu berfikir lebih pantas mengenai kenyataan 'tidak perlu bimbang'. - Reuters


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvkQwf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News