Ahad, 18 Jun 2017

Bunuh Di Alam Maya

Bunuh Di Alam Maya

Assalamualaikum..

Salam 23 Ramadhan. Thanks a lot admin kalau approve.

Baru2 ni ada terbaca confession yang tajuknya lebih kurang, Manusia makin tenat, tak sure betul tak tajuk tu, tapi isi nya lebih kurg pasal sikap netizen yang suka mengecam. Aku setuju dengan pendapat beliau.

Benda ni sebenarnya adalah cyber bullying. Term ni ramai tahu, tapi ramai buat secara tak sedar.
Sikap kita yg holier than thou membuatkan kita senang2 kritik orang.

Meh aku share, antara buli yang dah ramai antara kita buat, tapi kita tak sedar. Ye lah kan, taip je, bukan buli pukul2 ke, pau duit ke, taip je.

1. Ingat tak, satu masa dulu, jadi trend, share gambar yang bagi kite, kelakar, dalam gambar tu kadang ade perempuan, agak obes, kulit maybe tak cerah macam korea, dan posisi die mungkin menggelikan hati korang, ada pulak ayat kat gambar tu, Mana Zul ni, janji nak jumpa. Maka kalian dengan seronoknya share la gambar tu, tag sekalian Zul yang korang kenal,

Zul, nah, awek kau cari

Kelakar? Yup kelakar bagi korang. Tapi bagi tuan punya gambar? Mak ayah dia? adik beradik die? Kawan die? Pernah terfikir tak kemungkinan yang die depress sampai tahap nak bunuh diri? Kawan die yang mungkin segan nak berkawan dah dengan die? Pernah?

Lizzie Velasquez. Google nama ni. Dia antara mangsa trend itu. Mujur, die adalah orang yang sangat positif, tak decide bunuh diri sebab ni, tapi korang sure die tak tertekan?

2. Kutuk orang yang pelik bagi korang. Siapa biasenye pelik ni? Selalunye golongan yang korang gelarkan kunyit. Ada beberapa lagi golongan yang pelik bagi orang lain, kadang diorang ni berperwatakan skema kat skolah/kolej, g kelas pakai skema, so dikutuk2 sebab skema. Tapi aku nak fokus golongan yang digelar pondan ni. Ade tak sape2 pernah komen kt gambar/video yang agak menampakkan ciri2 tu sket, komen macam, eee, geng kunyit ni pastu komen 18sx..

3. Hukum orang. Aku bagi contoh paling dekat sekarang, kes Zulfarhan. Suspek2 dikecam, didoakan teruk2, ada yang menyalahkan mak bapak suspek. Polis tak habis siasat lagi, korang dah menghukum. Hebat.

Sebenarnya ada banyak lagi cara cyber bullying. Teasing, sindir2, edit& share gambar, ugut bunuh, ugut rogol, via comment, text, email, call, n macam2 lagi.

Aku bukan nak protect, LGBTs right ke, nak kata suspek kes Zulfarhan tu must have good reason ke, no. Aku tak setuju dengan LGBT, aku anti bab2 buli. Tapi, aku nak protect kita. KITA. Effort aku tak besar, hanya mampu share the thoughts kat IIUMC je.

Yang salah? Biarlah hakim tentukan hukuman atas dunia, biarlah Allah tentukan syurga neraka dia. Kalau rasa hakim atas dunia tak adil, just believe in Allah. Tenang kan hidup orang Islam ni?

Kalau orang tu membuli sampai membunuh, biar polis yang siasat, biar hakim yang tentukan hukuman. Kau? Duduk diam-diam. Tak payah assume macam-macam, doakan diri kau, family kau, dilindungi Allah dari perkara2 macam ni.
Kalau kau nak jugak komen, kecam, kutuk, tuduh mak ayah die problematic, kau pun no different dengan suspek.

Sebab? Kau boleh menyebabkan mak ayah die tertekan, kot ayah die ade sakit jantung ke, adik beradik die pun tertekan, dipanggil family pembunuh, you may lead to someones death. So? takde la beza, suspek pun bukan tikam jantung arwah ke, tembak kepala ke, die dera dengan anggapan benda tu tak membunuh. Sama dengan keyboard warrior yang kecam2 dengan anggapan kecaman tak membunuh.

LGBT? Pondan? Kalau kau tak boleh nak tolong dia, doakan elok2 sudah. Tak payah nak tuduh pelacur ke, ape. Kalau betul pelacur pun , takde hukum pun yang menghalalkan kau bunuh pelacur.

Skema? Pelik? Lain dari yang lain? Biar je la. Diorang tak kacau pun hidup orang lain. Kalau die kacau hidup orang, kau report polis.

Konklusinya, hati-hati lah dalam berkata2. Dalam socmed ke, depan-depan ke. Kata-kata lebih tajam dari pedang. Muhasabah balik kata-kata yang kita dah lemparkan pada orang.

You may have been an online serial killer for years without realizing.

Bulan ramadhan ni, ambil kesempatan didik hati, sucikan jiwa. Orang yang hati bersih, jiwa lapang, akan rasa susah nak kutuk orang, kecam orang, perli orang, tuduh orang macam-macam. Audit diri kita. * Pesanan untuk diri sendiri jugak.

Moga Allah ampunkan kesilapan2 kata-kata kita yang lalu.

Abdullah

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDhNDh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News