Ahad, 18 Jun 2017

Semua Orang Bertanggungjawab

Semua Orang Bertanggungjawab

Assalammualaikum wbt kepada semua pembaca. Terima kasih kepada admin jika sudi menyiarkan confession saya ini.

Baru-baru ini heboh kisah buli yang menyebabkan kematian 2 orang pelajar (adik Zulfarhan dan Nnaveen). Rata-rata masyarakat Malaysia mengecam pembuli (atau nama lain pembunuh) tersebut. Namun, saya agak kecewa kerana ada yang menunding jari kepada guru-guru kerana tidak mendidik pelajar sehingga kejadian seperti ini boleh berlaku. Pelbagai tuduhan dilemparkan seperti Guru asyik sibuk dengan akademik sampai tiada masa hendak didik sahsiah murid, guru kerja sebab gaji sahaja, guru tidak peduli pelajar yang dibuli dan banyak lagi komen yang saya baca seolah-olah semua kejadian ini berpunca daripada guru semata-mata.

Kenapa perlu menunding jari pada guru sahaja? Kenapa tidak semua bertanggungjawab terhadap masalah ini? Ibu bapa dan juga masyarakat memainkan peranan utama dalam mendidik sahsiah anak-anak.

Jadi disini saya mahu ulas tuduhan atau komen anda dari perspektif guru.

1. Kenapa sekolah tidak ambil tindakan kepada pembuli
Bukan mudah hendak menghukum murid yang bermasalah disiplin di sekolah sekarang ini. Guru-guru tidak boleh sewenang-wenangnya mendenda murid di sekolah. Perlu ada siasatan, amaran sebanyak 3 kali sebelum tindakan disiplin diambil. Dengan pelbagai prosedur ditambah pula ibubapa yang jenis memanjakan anak-anak dan akan saman guru/viral jika mendenda anak mereka tanpa menyiasat atau berjumpa dengan guru terlebih dahulu membuatkan tangan kami terikat untuk mendenda murid. Suratkhabar dan blog-blog mudah sahaja menularkan cerita tanpa usul periksa. Akhirnya, kami sendiri yang akan berhadapan dengan tindakan tatatertib atau mahkamah akibat mahu mendisiplinkan pelajar. Jadi, salah kami juga ke?

2. Guru-guru bekerja hanya untuk gaji semata-mata
Come on la, siapa yang bekerja tidak mahu gaji? Kami bukan kuli untuk bekerja tanpa gaji. Malah kuli juga diberi gaji setelah bekerja. Namun, adakah anda sedar yang gaji kami ini juga turut dilaburkan untuk pelajar-pelajar kami? Tanyalah mana-mana guru, pernahkah mereka menggunakan gaji mereka untuk murid? Saya rasa majoriti akan menjawab Ya. Beli hadiah sebab nak pikat murid belajar, hias kelas supaya murid-murid selesa, dahulukan duit sendiri untuk bayar yuran penyertaan murid untuk pertandingan (belum tentu dapat claim balik) dan macam-macam lagi kami laburkan untuk murid. Adakah pekerjaan lain perlu guna duit gaji sendiri untuk kegunaan kerja mereka? Perlukah seorang polis gunakan duit mereka untuk membeli pistol atau peluru untuk tangkap penjenayah? Perlukah seorang doktor membeli peralatan pembedahan untuk membedah pesakit? Kami juga manusia biasa, bekerja untuk menyara hidup. Jadi, salah kami juga ke?

3. Guru tidak tumpukan perhatian kepada murid-murid yang dibuli.
Di Malaysia, nisbah seorang guru dengan murid agak tinggi. 1:30 40 orang. Jadi, sebagai manusia biasa kami mungkin terlepas pandang secara tidak sengaja. Bukan niat kami sengaja untuk tidak peduli pada murid-murid, tetapi bayangkan kami perlu menghadap murid-murid yang pelbagai ragam dan kerenah dalam sehari. Dapat pula murid yang sikit-sikit mahu mengadu pada guru. Dalam masa yang sama kami perlu menyiapkan lagi pelbagai tugasan yang dilemparkan kepada kami dengan dateline yang pendek. Kadang-kadang rasa mahu menjerit saja sebab tidak tahan dengan asakan pelbagai pihak. Pihak atasan (KPM, PPD, pentadbir), murid-murid, ibu bapa dan masyarakat. Sedangkan ibu bapa yang menghadap anak 5-6 orang pun dah stress apatah lagi kami. Jadi, salah kami juga ke?

4. Sekolah tidak buat program untuk menangani masalah disiplin murid.
Excuse me, sebelum bagi komen sila berfikir dan siasat dahulu. Bukan setakat komen sahaja. Terdapat pelbagai program yang dijalankan disekolah untuk membentuk sahsiah murid dan menangani masalah disiplin murid-murid. Contohnya Program Jom ke Sekolah, Program Guru Penyayang, ceramah-ceramah motivasi, kem bina jati diri dan macam-macam lagi ada. Tapi adakah ibu bapa dan masyarakat peduli mengenai program-program ini? Pernahkan anda ikut serta program motivasi ini? Jangan cakap program ini tidak melibatkan ibu bapa atau masyarakat. Ibu bapa yang hadir hanya AJK PIBG atau Sarana yang terpaksa hadir. Mesyuarat PIBG pun tidak mahu hadir walhal mesyuarat ini selalunya membincangkan program-program untuk murid. Bukan setakat tidak mahu hadir, minta sumbangan untuk program-program ini juga kedekut. Duit gaji kami juga lah perlu kami keluarkan untuk support program-program ini. Jadi, salah kami juga ke?

5. Guru haya pentingkan akademik sahaja
Ya memang lah sebab itu core business kami. Kami ditugaskan untuk mengajar murid-murid membaca, mengira, menulis dan lain-lain lagi. Adab dan disiplin sepatutnya telah diterapkan semenjak murid-murid masih kecil lagi iaitu dirumah. Disekolah kami perlu menghabiskan silibus, peperiksaan dan apa sahaja yang berkaitan dengan akademik. Namun, saya tidak kata guru-guru tidak mengajar adab disekolah. Ya, kami juga menerapkan adab dan nilai-nilai murni dalam kelas dalam subjek yang kami ajar secara tidak langsung. Kami juga selalu menegur kelakuan tidak elok murid sampai murid-murid membenci guru-guru kerana asyik membebel dan marah mereka saja. Kami korbankan status Guru Baik sebab mahu mendidik kelakuan murid. Jadi, salah kami juga ke?

Banyak lagi komen yang ditulis dan tidak mampu untuk saya ulas semuanya. Ini hanyalah sebahagian sahaja komen yang saya rasa perlu untuk saya ulas. Dalam menangani gejala sosial dan masalah disiplin anak-anak zaman sekarang, tugasan tersebut bukan tugasan guru sahaja. Yang lain-lain harus mengambil peranan juga.

Ibu bapa
pantaulah anak-anak anda. Ambil tahu dan dekati mereka secara lembut. Cuba dengar apa yang diadu dan SIASAT terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Jikalau mereka mengadu dihukum denda oleh guru, SIASAT dahulu bukan terus viral atau laporkan kepada polis. Jikalau mereka mengadu dibuli, dengar dan sila jumpa dengan guru. Bukan sekadar whatsapp guru suruh siasat. Anda sendiri perlu bekerjasama dengan guru. Adukan pada saluran yang betul. Luangkan masa dan sertai program-program yang dirancang oelh pihak sekolah. Berkomunikasi dengan baik dengan guru. Bukan datang sekolah menjerit-jerit macam orang kena rasuk. Atau terus datang serang guru dengan parang.

Masyarakat
anda juga perlu ambil tahu mengenai keadaan semasa. Bukan sekadar menjadi keyboard warrior. Sertailah alumni sekolah anda dan taburkan jasa anda pada sekolah anda. Kalau tiada alumni, tubuhkan satu. Rancang program yang dapat membantu murid-murid. Jangan sekadar cakap sahaja. Komen di blog atau FB pandai, tapi tidak ambil apa-apa tindakan pun tiada gunanya. Jikalau ada sekolah di komuniti anda mengajak untuk membantu program mereka, sertailah.

Jangan letakkan tugas mendidik pada satu pihak sahaja. Sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing, saya rasa kita mampu membina generasi yang berkualiti dari segi akademik dan sahsiah.

Miss I

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tAVwDg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News