Selasa, 6 Jun 2017

Didakwa Bunuh Anak Sendiri



Sepasang suami isteri berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh anak kandung mereka yang berusia sembilan tahun Mei lalu. 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Aaron Teoh Eng Wan, 34, dan isterinya, En Sit Mooi, 36, ketika didakwa di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir kerana kes adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membunuh kanak-kanak lelaki itu di Lana Pure Thai Massage, No. 19-2, Jalan USJ 1/1A Regalia Business Center kira-kira pukul 2 hingga 3.30 petang pada 26 Mei lalu. Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvbH6F

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News