Selasa, 6 Jun 2017

Imam Enggan Sembahyangkan Jenazah



IMAM dan jawatankuasa masjid di England yang mengutuk serangan di bandar raya itu Ahad lalu, menyebabkan tujuh maut, enggan menyembahyangkan jenazah tiga penyerang terbabit. Selepas dialog di Masjid London Timur, 130 iman dan pemimpin masyarakat Islam mengeluarkan kenyataan: 

“Kami tidak akan melaksanakan solat jenazah terhadap tiga penyerang itu dan mendesak semua imam lain serta pihak berkuasa agama Islam tidak melakukannya. Tindakan yang tidak bertanggungjawab itu menyimpang jauh daripada ajaran Islam.”

AFP melaporkan, dua daripada tiga penyerang itu dikenali sebagai Khuram Butt, 27, rakyat Britain dilahirkan di Pakistan dan Rachid Redouane, 30, mendakwa berasal dari Maghribi dan Libya. Redouane juga menggunakan nama Rachid Elkhdar berusia 25 tahun.

Menurut Daily Mail, Pengerusi Masjid London Timur dan Pusat Islam London, Muhammad Habibur-Rahman, mendesak orang ramai agar mengelak prejudis serta menolak pelampau dan Islamofobia. 

“Mari kita bersama-sama, bersatu menentang mereka yang cuba memecah-belahkan kita. Saya ingin nyatakan dengan jelas kepada mereka yang memilih keganasan, kamu menyimpang jauh dari asas ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW. Kami menjauhkan diri daripada kami dan ajaran Islam yang salah,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZWCqy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News