KUALA LUMPUR – Penganjuran “All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC)” di Calvari Live Assembly Chinese di Melaka pada pertengahan Jun ini disifatkan sebagai ancaman terhadap keharmonian agama dan keluhuran perlembagaan serta kedaulatan bagi negara Malaysia.
Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka (DPPM), Ahmad Bilal Rahudin berkata, AMGGRC ini jelas mengandungi unsur doktrin gerakan Kristian untuk menakluk dan membangun Malaysia sebagai pemangkin Kristian dengan menjadikannya sebagai “Revival Catalyst Nations Golden Gate”.
“Malah, ia melibatkan kecenderungan kepada agenda dan pembangunan Israel yang dimaklumi adalah negara haram dan negara pengganas dunia, serta langsung tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.
“Selain itu, program ini melibatkan penggunaan, pergerakan, pertemuan dan dana terbuka yang boleh disifatkan mempengaruhi awam,”katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu katanya, program terbabit boleh ditafsirkan sebagai cubaan mencabar dan menentang Perlembagaan Negara serta Yang Di-Pertuan Agong.
“Juga boleh menimbulkan gugatan atas ketenteraman awam dan kedaulatan negara khususnya melibatkan sentimen agama.
“Sehubungan itu, kami memohon siasatan polis berasas prinsip dan pemeliharaan undang-undang ke atas seluruh penganjuran, perancangan dan rangkaiannya termasuk penglibatan tokoh-tokoh terbabit,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWCoxG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News