Isnin, 5 Jun 2017

TMJ BIAYAI KOS PERUBATAN ANAK PEMAIN PERLIS ADRA MEDINA ALAFI

Kisah anak kedua pemain bola sepak Perlis, Alafi Mahmud yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang dan memerlukan bantuan kewangan untuk menampung kos pembedahannya telah mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Adik Adra Medina Alafi yang berusia 48 hari akan menjalani pembedahan pertama pada 10 Jun 2017 ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dan keseluruhan kos pembedahannya akan ditanggung oleh TMJ.

Sebelum ini, Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) memberitahu, Alafi perlu menanggung kos rawatan mencecah RM100,000 bagi merawat anaknya yang memerlukan dua kali pembedahan dan kos rawatan susulan.

“Pihak PFA Malaysia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang memberi sumbangan kepada Adik Adra Medina. Nasib Adik Adra yang kini menghadapi dugaan apabila disahkan menghidap penyakit jantung berlubang kini terbela apabila ramai pihak yang memberikan sumbangan ikhas dan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan Alafi. Menjunjung kasih diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor kerana sudi menampung keseluruhan kos pembedahan pertama adik Adra Medina yang dijadualkan pada hari Sabtu ini,” kata kenyataan itu yang dipetik menerusi Facebook.

Jelas PFAM lagi, pihaknya kini menutup kutipan kerana dana yang dikumpulkan sudah mencukupi.

“Sebarang sumbangan selepas ini boleh terus disalurkan kepada akaun peribadi Alafi. Sama-sama kita doakan urusan Adik Adra Medina ketika pembedahan dipermudahkan dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” jelas pihaknya lagi.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Eksekutif Pentadbiran PFAM, Hanani di talian 017-722 0864 dan Eksekutif Komunikasi PFAM, Syamil Rosli di 014-548 7034.

Tags: adra, adra media alafi, alafi mahmud, anak pemain perlis, jantung berlubang, tmj, tmj biayai kos perubatan anak pemain perlis, tunku ismail

Category: INFO SEMASA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rrV0cy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News