Selasa, 6 Jun 2017

Fahrin Ahmad Teruja Jadi Hos Lelaki Pertama WHI

MULAI hari ini, program bual bicara ‘Wanita Hari Ini’ (WHI) bakal diserikan lagi dengan kehadiran pengacara lelaki buat pertama kalinya.

Menariknya, pengacara lelaki yang bakal mengalas tugas itu bukan calang-calang orang sebaliknya seorang selebriti terkenal, Fahrin Ahmad.

Pada masa yang sama, Fahrin, 38, akui teruja menerima tawaran untuk mengendalikan rancangan bersiaran langsun itu.

“Apabila diajukan tawaran ini, saya turut terkejut kerana maklum tiada hos lelaki ditampilkan sebelum ini. Saya difahamkan, dulu Nazril Idrus juga pernah terbabit dalam WHI, namun beliau hanya mengendalikan segmen khas.

“Sebaik saja diberikan peluang, saya tidak berfikir panjang kerana yakin mampu menggalas amanah diberikan pihak TV3. Sudah pasti saya sendiri teruja untuk bersiaran menerusi rancangan terbabit,” katanya kepada BH Online.

Fahrin yang juga merupkan seorang pelakon sememangnya mempuyai banyak pengalaman mengendalikan aneka rancangan televisyen dan pentas. Antaranya, program Sehati Berdansa dan Mencari Ramli. – MYNEWSHUB.CC

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVoLna

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News