Selasa, 6 Jun 2017

Prototaip Kereta Terbang Toyota Diperlihatkan Untuk Kegunaan Acara Pembukaan Olimpik 2020

Toyota telah menunjukkan minat untuk menghasilkan kereta terbang mereka sejak 2014. Ini adalah bagi membuka lebaran baru dunia pengangkutan bagi mengurangkan kesesakan di jalan raya. Pada Mei lalu mereka melakukan pelaburan 40 juta Yen pada Cartivator untuk menjadikannya realiti.

Semalam video prototaip pertama kenderaan terbang ini diperlihatkan kepada umum. Sistem quadrotor digunakan pada prototaip awal ini. Pihak Toyota berharap kenderaan sebenar akan dapat dihasilkan sebelum acara pembukaan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Obor Olimpik akan dibawa di dalam kenderaan mereka sebelum terbang untuk menyalakan obor utama di stadium. Dari video di atas jelas terdapat banyak lagi usaha perlu dilakukan dalam masa tiga tahun.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNBV5e

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News