Selasa, 6 Jun 2017

Gempar 200 Kucing Mangsa Pembunuh Bersiri Dalam Sebulan

PARIS  – Sebuah resort kecil di tepi pantai Perancis menjadi gempar apabila lebih 200 ekor kucing, baik kucing peliharaan mahupun kucing terbiar, mati diracun secara misteri dalam masa sebulan.

Ratusan kucing tidak berdosa itu dipercayai  menjadi mangsa perbuatan pembunuh kucing bersiri dan mamalia comel tersebut didapati mati di sekitar Saint Pierre la Mer, yang terletak 90 kilometer ke selatan Montpellier.

Persatuan bagi Perlindungan Haiwan Perancis turut menerima begitu banyak panggilan telefon daripada penduduk yang menemui bangkai kucing mati dibunuh, menurut laporan akhbar berpengaruh tempatan, La Depeche.

Tikus dan burung juga dilaporkan menjadi mangsa setelah termakan racun yang sama, di tengah-tengah perasaan kebimbangan tentang kemungkinan kanak-kanak kecil akan mengutip dan memasukkannya ke dalam mulut.

Persatuan Kucing Terbiar Perancis dalam pada itu turut membuat aduan kepada pihak polis dengan harapan proses bedah siasat akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian sama ada akibat wabak atau kes jenayah.

“Suasana di sini semakin tegang, tiada orang yang percaya kepada orang lain lagi,” kata seorang penduduk yang hanya mahu dirinya dikenali sebagai Genevieve ketika dipetik oleh akhbar harian Perancis, Ouest-France.

“Kami semua berasa khuatir kanak-kanak kemungkinan besar boleh termakan racun misteri itu yang ditaburkan si pembunuh kerana tersilap menyangka ia sebagai gula-gula,” jelasnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGvKxE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News