Selasa, 6 Jun 2017

Wanita dera kanak-kanak enam tahun direman

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan polis untuk menahan reman seorang wanita berusia kira-kira 60 tahun yang dipercayai mendera kanak-kanak berusia enam tahun.

Penolong Pendaftar Hairol Azhar Mohd Ishak membenarkan suspek direman tujuh hari hingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Insiden itu menjadi tular di laman sosial dan tersebar sejak malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohd Azlin Sadari pula mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian selepas pengadu, Nathan Danapal, membuat laporan polis setelah menerima mesej berupa rakaman video insiden berkenaan.

Kanak-kanak malang itu dipercayai menumpahkan nasi hingga menyebabkan wanita berkenaan tidak dapat mengawal kemarahan.

Mangsa yang mula dijaga wanita itu pada 2012 dipukul dengan kayu sebanyak 30 kali, selain ditendang dan ditampar hingga menyebabkan tangan kanak-kanak itu tercedera.

Kanak-kanak malang itu dipercayai bukan ahli keluarga wanita terbabit, sebaliknya hanya dijaga sementara waktu semasa ketiadaan ibu bapanya yang sedang bekerja.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWJeZ9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News