Rabu, 21 Jun 2017

Harga Minyak Menjunam Ke Paras Terendah 7 Bulan


LONDON: Harga minyak mentah dunia mencecah paras terendah dalam tujuh bulan disebabkan lebihan penawaran global.

Kejatuhan harga ini berlaku selepas berita kenaikan bekalan oleh beberapa pengeluar utama, trend yang menjejaskan usaha OPEC menyokong pasaran melalui pengurangan pengeluaran.

Brent LCOc1 turun AS$1.29 kepada paras terendah AS$45.62 setong, harga terendah sejak 15 November lalu, dua minggu sebelum OPEC dan pengeluar lain bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari (bpd) selama enam bulan dari Januari.

Brent pula didagangkan sekitar AS$45.81, turun AS$1.10 pada 1225 GMT. 

Kontrak niaga hadapan minyak mentah AS turun AS$1.27 hingga AS$42.93, terendah sejak 14 November, sebelum pulih semula sekitar AS$43.10.

Kedua-dua penanda aras itu turun lebih daripada 15 peratus sejak akhir Mei, apabila OPEC, Russia dan pengeluar lain memperluaskan had pengeluaran sehingga akhir bulan Mac 2018. - Reuters


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2syMlE2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News