Ahad, 18 Jun 2017

Hari Bapa

Hari Bapa

Masa aku tulis ni hari bapa. Aku tak tahu bila admin akan publish. Aku tak pernah cerita kisah ni dengan sesiapa. Tapi benda ni selalu dalam hati aku. Aku harap bila aku confess kat sini aku lega.

Bila datang hari bapa, akan nampak dekat mana-mana socmed, ramai akan wish untuk ayah diorang hatta masih hidup ataupun meninggal dunia (al-fatihah)

Aku, memang dah kehilangan ayah daripada umur aku 14 tahun. Bila tengok orang wish tu, kadang-kadang aku cuba ingat apa kenangan manis aku dengan arwah. Tapi tak ada satu pun yang terlintas kat fikiran. Yang aku ingat tali pinggang ataupun denda yang aku dapat. Dan aku tak ingat apa perbualan terakhir kami. Seingat aku, kami tak pernah ada father-daughter talk.

Aku anak sulung. Maybe bapak aku harap aku jadi role model adik-adik aku. Jadi aku kena jadi perfect. Menjadi seorang aku, aku tak dibenarkan untuk buat salah hatta sebesar zarah pun.

Aku boleh dikatakan budak pandai kat sekolah. Always top scorer even aku tak belajar sangat. Baik dalam kelas atau dalam aliran, Aku selalu dalam top three je. Tapi jadi aku, top three tak cukup bagus untuk arwah. Aku kena jadi no 1.

Kalau aku tak dapat no 1, aku kena belajar lebih dari jadual yang arwah dah buat untuk aku sebelum ni. Tak dibawa berjalan, tak boleh keluar main, even kadang-kadang aku kena perintah berkurung dalam bilik. Tak boleh makan. Sampai arwah ikat tali dari luar kat tombol bilik aku. Tapi selalunya mak aku akan bukak dan bagi aku makan sebelum arwah balik.

Kalau main dengan adik-adik, ada yang nangis, faham sendiri lah siapa yang kena, walaupun tu bukan salah aku. Adik-adik yang seronok buli aku. Kepala aku ni mainan je diorang nak tunjal-tunjal. Aku masa tu tak da fikir apa-apa sebab aku pun budak-budak lagi. Paling-paling aku buat bodoh, blah dari situ main sendiri.

Mungkin arwah nak aku jadi kakak yang baik, yang pandai jaga adik-adik, maka aku yang kena bertanggungjawab. Tapi, tak da siapa ajar aku macam mana nak jadi kakak. Macam mana jaga adik. Jarak umur aku dengan adik-adik pun cuma setahun sorang. Pastilah tahap pemikiran kami tak jauh beza. Tambahan masa tu aku masih kanak-kanak.

Sampai dewasa ni, aku jadi seorang yang perfectionist. Benda ni penyakit. Aku ada satu pemikiran kalau aku buat salah, semua orang akan benci aku. Walaupun aku salah eja satu perkataan untuk presentation ke apa. Dan aku akan fikir benda tu berhari-hari. Dan aku akan jadi pemarah kalau orang lain buat benda tak perfect.

Cuma aku tak lepaskan marah aku. Kalau marah aku memang jenis diam je. Dan buat benda tu balik sendiri. Jadi end up semua kerja yang berkait dengan aku, aku buat sendiri, tak bagi orang lain buat.

Yang paling sedih, aku rasa aku berdendam dengan arwah. Masa arwah ada, kalau arwah ada kat rumah, aku sentiasa takut. Sebab aku tak tahu bila aku akan kena marah lagi. Bila arwah tak ada kat rumah, aku rasa lega sangat.

Mujur kerja arwah sebagai anggota keselamatan, jadual tugas arwah tak tentu masa. Kadang-kadang kami dah tidur baru arwah balik. Bila kami bangun pagi nak pergi sekolah arwah dah tidur.

Tapi satu benda yang aku ingat sampai sekarang, masa aku 12 tahun, nak ambil UPSR, arwah cakap kalau aku tak dapat 5A, jangan panggil dia ayah. Benda tu terngiang2 sampai sekarang. Dan aku memang tak dapat 5A. Aku dapat 4A je. Arwah cakap nak botakkan kepala aku. Mujur arwah tak buat.

Adik aku, masa nak ambil UPSR, arwah sampai ambil cikgu datang mengajar kat rumah. Tapi adik aku pun score 4A je. Dan aku berani jamin arwah tak pernah ugut adik aku macam dia ugut aku.

Aku sampai sekarang tak da jawapan kenapa arwah layan aku berbeza dari adik-adik yang lain. Adik-adik aku tak perlu jadi no 1. Adik-adik jarang kena pukul walaupun salah tu aku pernah buat dulu dan aku kena pukul. Kalau arwah masih ada pun aku tak berani nak tanya.

Aku harap kalau ada mak bapak yang pernah buat macam ni, cuba fikir perasaan anak. Kalau memang anak salah dan patut dipukul, jelaskan pada mereka kenapa, apa yang salah. Anak-anak tak mampu nak fikir macam orang dewasa. Kalau aku ada penjelasan untuk semua persoalan aku, aku rasa aku ok untuk terima semua denda tu.

Kakak

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sD0oKM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News