Ahad, 18 Jun 2017

Kebanyakan Kawan Sebenarnya Tidak Sukakan Kita, Menurut Sains.


Cuba fikirkan semua persahabatan anda sepanjang hidup kamu. Mungkin anda mempunyai satu kumpulan yang kuat dan ahlinya yang rapat, atau mempunyai pelbagai kenalan dari jenis yang berbeza yang anda katakan kawan.
Macam mana sekali pun, kajian menunjukkan yang kita tidak berhubung dengan kenalan dalam hidup kita seperti mana yang kita fikir. Sebaliknya, sebahagian dari kenalan kita sebenarnya tidak sukakan kita.

Jika anda ada kawan yang memanggil anda kawan baik, sedangkan mereka tidak minum secawan dengan anda, atau mengalami perasaan seperti seorang kawan, maka anda sedang mengalami fenomena ini. "


"Orang tidak suka mendengar dari orang yang mereka fikir tidak menamakan mereka sebagai kawan," menurut Alext Pentland, co-penulis kajian tentang persahabatan yang sedang dijalankan sekarang.

Persahabatan antara 84 orang subjek di dalam satu kelas pengurusan perniagaan dikaji melalui kaedah laporan-sendiri. Peserta kajian dikehendaki memberi nilai antara skala 1 hingga 5 untuk menunjukkan "kerapatan", skalanya daripada "saya tidak kenal orang ni" sehingga "salah seorang kawan baik saya".

Fikirkan kembali perbezaan dalam perhubungan kamu dalam hidup kamu, kamu mungkin mempunyai kawan yang kamu pernah berkongsi perasaan, pendedahan peribadi, berbanding dengan perbualan ringan dan perbualan yang melibatkan minat dan hobi yang sama. Setiap orang mendefinisikan persahabatan dengan cara berbeza dan setiap personaliti berminat dengan hubungan yang berbeza.


Kita sekarang sedang hidup diwaktu dimana perktaan "kawan" bermaksud bilangan nombor di facebook, sinonim dengan perkataan "followers", atau penonton yagn terdiri daripada orang yang tidak dikenali. The New York Times melaporkan risiko untuk mempunyai hubungan yang tidak bermakna tetapi mendorong kearah masah kesihatan termasuk kehilangfungsian otak.

Dr. Amy Banks, pakar psikiatri dari Wellesley Centers for Women, menerangkan kepentingan saraf vagus (smart vagus nerve), yang boleh mendapat kesan negatif dari kesunyian dan perasaan diasingkan.

"Memastikan saraf ini sihat adalah penting kerana "ia mengawal naluri kecemasan, iaitu respon Lawan, Lari atau Beku", kata Dr Amy. Apabila bersama dengan orang yang tidak dikenali kita akan berasa sangat gemuruh dan memberi kesan kepada sistem saraf ini, dibandingkan dengan apabila bersama dengan kawan-kawan rapat yang kita selesa dan rasa selamat.

Hasil dari kajian ini, adalah lebih baik tidak membuang masa dengan orang yang tidak ikhlas berkawan. Bina kepercayaan dengan orang yang hanya menunjukkan keikhlasan dengan kita, yang mana kita yakin diakan memanggil kita sebagai "kawan".



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tgdQ5a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News