Ahad, 18 Jun 2017

Wanita Hiasan Dunia,Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah



Muslimah ibarat wardatul shauqah atau mawar yang berduri. Hanya orang tertentu sahaja yang dapat mendekatinya. Mahalkan dirimu wahai wanita. Golongan ini amat istimewa, terpelihara dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Untuk menjadi ‘mahal dan berharga’ perlulah kepada satu sifat dalaman nisa’ itu sendiri bagi menjaga kualiti dirinya. Jadikan isteri-isteri Rasulullah SAW dan isteri-isteri para sahabat baginda sebagai contoh yang memiliki keperibadian tinggi dan mulia. Berikut perkongsian yang diberikan oleh Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Mohd Badiuzzaman atau lebih dikenali sebagai Ustazah Sharifah Khasif.

MILIKI IMAN

Pentingnya wanita mempunyai ilmu agama bagi memelihara diri daripada sebarang fitnah dan musibah. Carilah ilmu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu kerana ia dituntut. Sesungguhnya, iman ada naik turunnya. Justeru, pentingnya hubungan manusia dengan Allah SAW dan harus dipelihara agar Dia memelihara kita sebaiknya.



MENJAGA KESUCIAN TUBUH

Hormati dan pelihara diri sebagai harta yang berharga. Jangan sembarangan menyerahkannya kepada orang lain. Secara khususnya, menjaga kesucian tubuh bererti tidak melakukan hubungan seks sebelum nikah. Hampir semua agama bersetuju dengan hal ini. Seks harus dinilai sebagai sesuatu yang istimewa yang seharusnya dilakukan secara halal oleh dua insan yang saling mencintai.

BERTINDAK DENGAN KEBIJAKSANAAN BUKAN KEBODOHAN

Kita boleh mendengar kata hati sebagai petunjuk namun pada akhirnya kita harus mempertimbangkan situasi dengan fikiran dengan menggunakan kebijaksanaan untuk menilai sesuatu keadaan.

GUNAKAN AKAL YANG SIHAT

Para wanita cenderung untuk beremosi. Namun, kesan buruknya ialah emosi itu akan menghentikan pemikiran akal yang sihat. Wanita berkeperibadian baik akan menerima emosi-emosinya dengan menggunakan akal yang sihat bagi mengendalikan reaksinya.

SELESAIKAN TUGAS-TUGAS YANG DIAMANAHKAN

Jangan melalaikan tanggungjawab. Selesaikan tepat pada waktu dan tanpa bertangguh. Disiplin diri amat penting dan lakukan dengan penuh tanggungjawab.

HORMATI IBU BAPA

Untuk menjadi wanita yang berkeperibadian baik, kita haruslah menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa dengan cara menjaga hati, mendengar serta menghormati idea-idea mereka.


HORMATI SUAMI

Pernikahan adalah satu bentuk kerjasama, dan suami juga dituntut untuk menghormati anda. Salah satu cara untuk menghormati suami ialah mempertimbangkan pandangan suami sebelum mencapai kesepakatan bersama. Selain itu, kesetiaan juga merupakan cara menghormati suami. Anda harus setia dan jangan curang.

JADILAH IBU YANG PENUH KASIH SAYANG

Didiklah anak dengan contoh-contoh yang baik dan bantu mereka membesar menjadi lelaki dan wanita yang juga berkeperibadian baik. Ambil berat soal anak-anak dan penuhi keperluan mereka. Penting bagi seorang ibu untuk mendidik mereka menjadi anak yang berpengetahuan agama yang baik. Hadkan batasan mereka dalam berkawan. Disiplinkan anak dengan penuh kebijaksanaan agar mereka tahu mana yang betul serta salah. Wallahualam.


JADILAH WANITA RAMAH, BAIK & MURAH HATI

Kebaikan hati lebih kepada semangat memberi, ikhlas dalam tutur kata dan perbuatan. Kita haruslah sentiasa ingat bahawa hikmah rajin memberi itu sangat besar. Nescaya, Allah SAW menambahkan dan mencukupkan rezeki yang ada. Ramah pada tempatnya dan bukan bertepuk tampar dengan lelaki ajnabi. Jagalah batas-batas syariat.

BERSIKAP TERBUKA

Daripada keras kepala mempertahankan pendapat, tidak peduli apakah pendapat tersebut benar atau salah, lebih baik anda bersikap terbuka terhadap kritikan dan pandangan. Pertimbangkan pendapat orang sekeliling juga.


KECANTIKAN SEJATI DARI DALAM

Tugas yang sukar untuk wanita zaman kini ialah menyeimbangkan batasan antara tampil terbaik dan berpakaian sopan. Kita tidak harus tampil lusuh tetapi sebelum mengenakan pakaian, tanyalah diri kita adakah baju yang akan disarungkan itu boleh menggoda orang untuk berbuat jahat dalam fikiran mahupun tindakan. Jika ya, pilihlah baju yang lain.

BANTULAH ORANG LAIN

Kita dituntut untuk saling membantu tanpa mengharapkan balasan mahupun pujian. Contohnya, menjadi sukarelawan bagi membantu insan-insan lain yang memerlukan walau dalam apa jua situasi. Ada kalanya, menjadi pendengar yang setia bagi teman yang memerlukan bahu untuk menangis juga antara contoh bantuan mudah yang boleh kita berikan tanpa sedar.

Sumber: Nona



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sFRME1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News