Selasa, 6 Jun 2017

Lelaki maut rempuh belakang lori di Sri Aman


SRI AMAN: Seorang lelaki berusia 58 tahun maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 16 Jalan Sri Aman-Kuching malam kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10.20 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai John Little Wilson Nabi dikatakan datang dari arah Melugu menuju ke Sri Aman.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Othman Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal jenis SYM yang ditunggang mangsa telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori yang berada di bahu jalan sejak beberapa hari lalu.

“Mangsa disahkan mati di tempat kejadian ekoran kecederaan parah dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rF1GT7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News