Selasa, 6 Jun 2017

Video : Anak Lembu Miliki Kepala Seakan Manusia Gemparkan Penduduk



MUZAFFARNAGAR, India – Seekor anak lembu di sebuah kampung di sini dipuja sebagai tuhan selepas dilahirkan dengan muka seakan-akan manusia baru-baru ini.

Haiwan itu dilahirkan di sebuah pusat perlindungan haiwan dengan mata, hidung dan telinga mirip seorang manusia, namun mati dalam masa sejam selepas dilahirkan.

Berita keadaan fizikal lembu itu menggemparkan penduduk sekitar menyebabkan mereka berpusu-pusu ke kampung berkenaan yang terletak di negeri Uttar Pradesh, utara India kerana percaya haiwan itu adalah jelmaan dewa Vishnu.

Video yang dikongsikan di internet menunjukkan orang ramai memberi kalungan bunga dan menyembah anak lembu yang disimpan di dalam sebuah kotak kaca selepas mati.

Seorang doktor haiwan, Dr. Ajay Deshmukh bagaimanapun berkata, keadaan itu disebabkan gen lembu berkenaan tidak berkembang dengan sempurna sehingga menyebabkan berlaku kecacatan pada fizikal haiwan berkenaan. – AGENSI


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qV7Ukx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News