Selasa, 6 Jun 2017

Mahkamah Tinggi Miri Bebaskan 3 Lelaki Kes Bill Kayong

MIRI – Mahkamah Tinggi Miri membebaskan dan melepaskan Lie Chang Loon, Chin Wui Ching dan ahli perniagaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang daripada pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Setiausaha PKR Miri Bill Kayong pada 21 Jun, 2016.

Ketiga-tiga mereka menghadapi pertuduhan bersubahat dengan Mohamad Fitri Fauzi mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Ravinthran N. Paramaguru semasa membuat keputusan itu di mahkamah yang penuh sesak berkata tiada satu pun daripada keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang mengaitkan penglibatan ketiga-tiga tertuduh sehingga membawa kepada pembunuhan Bill Kayong.

“Saya melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan bersubahat,” katanya semasa menyampaikan penghakiman lisannya selama kira-kira 15 minit dari mula menyampaikan keputusannya pada kira-kira 11.30 pagi hari ini.

Lie, 38, yang merupakan pemilik pub, Chin,51, pembantu peribadi kepada Lee dan ahli perniagaan berumur 46 tahun itu dilihat tenang semasa hakim menyampaikan keputusan itu.

Bagi Fitri pula, mahkamah memerintahkan lelaki yang bekerja sebagai “bouncer” itu membela diri terhadap pertuduhan membunuh Bill Kayong selepas mendapati pihak pendakwaan telah menyediakan keterangan mencukupi untuk membuktikan pembabitannya.

Fitri, 30, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, hanya mengangguk faham selepas jurubahasa memberikan penjelasan berhubung keputusan hakim itu.

Mahkamah menetapkan 14 hingga 16 Jun untuk prosiding bela diri itu.

Bill Kayong atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah ditembak mati di persimpangan lampu trafik dekat E-Mart Supermarket di jalan pintas Tudan,Miri-Kuala Baram pada kira-kira 8.20 pagi, 21 Jun 2016.

Sebanyak 28 saksi pihak pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 17 Mac 2017 yang menarik kehadiran banyak masyarakat Dayak di sini berikutan Bill Kayong semasa hayatnya membantu dalam mempertahankan pemilikan tanah masyarakat Dayak khususnya Tanah Hak Peribumi (NCR).

Sementara itu, balu Bill Kayong, Hasyikin Hatta, 42, dilihat terkejut dengan keputusan mahkamah itu dan usaha wartawan untuk mendapatkan komennya dihalang oleh anggota keluarganya.

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWYrJE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News