Selasa, 6 Jun 2017

Tangan Wanita Tersepit Mesin Pengadun Kuih

NGERI dan kesakitan. Itu yang dialami seorang wanita warga asing selepas terpaksa menahan kesakitan apabila tangannya tersepit di sebuah mesih pengadun kuih di Taman Keramat, Ampang pagi tadi.

Gambar kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dengan memaparkan jari hingga bahagian pergelangan tangan wanita berusia 30 an itu berada dalam mesin pengadun kuih.

Situasi cemas itu bagaimanapun berakhir dengan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk mengeluarkan tangan mangsa kira-kira jam 10.26 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kerja menyelamatkan tangan mangsa yang tersepit dari mesin dengan menggunakan hydraulic cutter.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Perkongsian gambar tersebut turut mendapat perhatian netizen dan menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati apabila menggunakan peralatan membuat kuih supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini sebelum menyambut perayaan kali ini. -MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan.

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGK3lX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News