Selasa, 20 Jun 2017

Makcik Bertudung Labuh Kantoi Mencuri Di Jalan TAR

Makcik Bertudung Labuh Kantoi Mencuri Di Jalan TAR

1.png

KUALA LUMPUR – Viral video seorang wanita cuba mencuri dompet mangsanya yang sedang sibuk memilih pakaian semalam.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2.21 petang di sebuah kedai pakaian di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), suspek berpura-pura membelek-belek pakaian sebelum menghampiri mangsa bersama teman lelakinya yang sedang leka memilih pakaian yang digemari.

Suspek kemudian pergi ke belakang mangsa dan cuba membuka zip beg sandangnya tanpa disedari oleh teman lelaki wanita muda itu.

Selesai memilih pakaian, pasangan itu kemudian pergi ke tempat lain dan diekori oleh suspek.

Menurut Nor Ridah Munir, anak perempuannya juga baru mengalami kejadian yang sama malam tadi. Namun dompetnya berjaya diperolehi semula.

“Anak saya baru kena malam tadi. Dia ambil duit, kemudian dompet disorok dalam timbunan kain. Nasib baik ada yang jumpa dan hantar ke kaunter.

“Menurut anak saya, ‘makcik’ inilah yang mengekori dia sampai tiba-tiba dompetnya hilang sewaktu mahu membuat pembayaran di kaunter,” katanya yang juga memaklumkan suspek mula melakukan kegiatan itu secara agresif sejak tiga hari yang lalu.

Sebanyak 11 buah dompet berjaya ditemui namun wang di dalamnya telah diambil oleh suspek.

1.jpg

2.jpg

Difahamkan, suspek masih belum berjaya ditangkap dan masih aktif melakukan kegiatan samunnya itu.

Orang ramai, terutamanya golongan wanita dinasihatkan agar lebih berhati-hati bila berkunjung dan berbelanja di Jalan TAR sempena musim perayaan yang hampir tiba.

Elakkan membawa beg tangan atau beg sandang kerana suspek dipercayai menyasarkan golongan wanita yang membawa dua beg berkenaan. Sebaliknya, bawa dompet dan letakkan di bahagian poket hadapan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Sumber: The Reporter

Sumber: sehinggit



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2suD3c1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News