Selasa, 20 Jun 2017

KEJAM !!! Bayi Ditemui Dibuang Tepi Gerai Cendol Dalam Keadaan Panas Terik

Sampainya hati mu ibu! Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan berhampiran sebuah gerai cendol di Jalan Salut-Kelapa Bakar, Kota Kinabalu. Bayi tersebut ditemui pada tengah hari Isnin dengan bahagian mulut dan tepi matanya mempunyai kesan gigitan semut. Bayi tersebut dipercayai baru saja dilahirkan sebelum dibuang di tepi gerai cendol tersebut.
Mengikut petugas di Hospital Tuaran, bayi tersebut telah dijangkiti kuman kerana ditinggalkan di kawasan yang agak kotor dan terdedah kepada panas matahari.
Mengikut laporan Bernama, seorang peniaga cendol telah menemui bayi berkenaan dalam sebuah beg yang tidak berzip dengan hanya dibaluti kain ketika dia hendak memulakan perniagaannya.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata peniaga tersebut menghubungi polis sejurus selepas melihat sebuah beg bergerak-gerak dan mendapati seorang bayi berada di dalamnya. Peniaga tersebut segera mengalihkan bayi ke tempat yang lebih teduh.
Bayi tersebut ditemui dalam keadaan yang lemah dan sudah tidak bersuara kerana tiada tangisan namun disahkan dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tuaran.

Pihak polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut supaya menghubungi pihak polis.

Sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLfsqr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News