Selasa, 6 Jun 2017

Melaka Peruntuk RM47.5 Juta Untuk Sekolah Agama

MELAKA – Sebanyak RM47.5 juta diperuntukkan kerajaan negeri Melaka bagi membiayai pengurusan sekolah agama di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) tahun ini, persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata daripada jumlah itu, RM900,000 diperuntukkan bagi keperluan membaik pulih bangunan sekolah agama berkenaan termasuk menggantikan perabot yang rosak.

Katanya kerajaan negeri turut menyediakan insentif sebanyak RM15,000 setahun untuk sekolah agama itu bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran institusi berkenaan, manakala pelajar tahfiz turut diberikan bantuan berbentuk dermasiswa di bawah program Tahfiz Bestari dengan kadar RM6,000 setahun.

“Kerajaan boleh membantu menyelesaikan masalah seperti penambahbaikan infrastruktur sekiranya pihak sekolah agama dan pusat tahfiz swasta berdaftar dengan kerajaan negeri dengan kadar segera.

“Saya percaya selepas Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dimuktamadkan di semua sekolah agama, lebih banyak peruntukan yang akan disalurkan untuk penambahbaikan pendidikan anak-anak ini nanti,” katanya ketika menggulung usul melaksanakan DPTN di pusat tahfiz seluruh negeri.

Usul itu kemudian diluluskan dengan sokongan majoriti 23 ADUN manakala empat berkecuali dan seorang lagi iaitu Ketua Pembangkang Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) digantung daripada menghadiri persidangan itu hari ini.

Sehingga kini terdapat 49 Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) ditubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian di Melaka iaitu 20 daripadanya dalam proses pendaftaran dan lapan berjaya didaftarkan di bawah JAIM.

Speaker DUN Melaka Datuk Othman Mohamad kemudian menangguhkan persidangan hingga esok.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar persidangan, Idris berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pihak berkuasa khasnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau serta memastikan perhimpunan Jerusalem Jubilee yang dijadual di Cheng di sini pada 15 hingga 18 Jun ini tidak berlangsung.

“Melaka sering menjadi tumpuan pelancong dan kita dapati ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menguji kekuatan dan keteguhan keamanan negeri ini. Justeru, saya ucapkan terima kasih kepada kumpulan yang membuat laporan polis berhubung perhimpunan ini,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rH4z5U

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News