Selasa, 6 Jun 2017

OIC Gesa Qatar Hormati Perjanjian GCC

KUALA LUMPUR – Sekretariat Am Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa Qatar menghormati komitmen dan perjanjian yang ditandatanganinya dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC), khususnya berkaitan dengan menamatkan sokongan kepada kumpulan pengganas dan aktiviti mereka serta menghentikan hasutan menggunakan saluran media.

OIC dalam satu kenyataan hari ini berkata, sekretariat itu mengingatkan perlunya semua negara anggota termasuk Qatar, menghormati prinsip-prinsip Piagam OIC.

Piagam berkenaan menggariskan semua negara anggota perlu mematuhi semangat kejiranan, menghormati kedaulatan, kebebasan dan integriti wilayah negara-negara anggota, serta tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman masing-masing.

Menurut kenyataan itu, Sekretariat Am mengikuti perkembangan semasa di rantau Teluk, termasuk tindakan beberapa negara anggota OIC memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Qatar.

Menurut laporan, empat negara Arab iaitu Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar dengan mendakwa negara itu memberi sokongan kepada kumpulan militan, hanya dua minggu selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggesa negara-negara Islam turut memerangi keganasan.

Laporan itu menyebut empat negara berkenaan mengambil langkah terselaras memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, diikuti Yaman, kerajaan timur Libya dan Maldives yang turut mengambil langkah sama. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWQJz3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News