Selasa, 6 Jun 2017

Mentaliti Perlu Diubah

Mentaliti Perlu Diubah

Pertama sekali, aku mengucapkan terima kasih kepada admin kerana menyiarkan tulisan . Ini kali pertama aku rasa nak berkongsi di sini.

Sebelum tu, aku ingin memperkenalkan diri sebagai kakak sulung, berumur pertengahan 20- an, perempuan dan masih bujang. Ok, cukup la tu. Buat apa nak perkenalkan diri panjang-panjang, kan? Dah macam bertaaruf pula. Haha.

Aku menulis kali ini hanya nak bawa satu isu yang nampak remeh dalam masyarakat kita, tapi isu ni lah antara yang menyumbang kepada isu-isu yang lain. Haa mesti semua tertanya-tanya kan isu tentang apa? Ok aku direct kepada point terus.

1. Budaya membela biawak hidup zaman sekarang ni macam jadi trend pun ya.

Isteri dipaksa untuk menyara suami dan anak sekali. Isteri lah yang kena kemas rumah, jaga anak, sediakan semua pakai minum untuk anak. Bapaknya? Bapaknya sibuk keluar dengan kawan sana-sini. Duit ada beli rokok. Pantang ada duit sikit, terus berjoli. Ya, memang bukan semua. Tapi kisah lelaki yang tak reti nak berkerja dan menambah beban pada keluarga ni bukan sekali dua aku dengar dari orang sekeliling dan kenalan aku. Lama aku fikir, kenapa lelaki zaman sekarang ni tak kisah kalau tak ada kerja dan sanggup makan duit bini? Bila tengok-tengok balik, lelaki zaman sekarang ni banyak dimanjakan.

Kaum lelaki dimanjakan macam mana tu? Anak lelaki tidak di ajar untuk mengurus diri sendiri dari sudut membasuh baju, melipat baju dan seterika baju. Semua mak yang buat. Dari kecil sampai ke besar panjang sampai ke sekolah menengah macam tu. Ada tu yang kalau sekolah asrama pun, mak ayah dia sanggup datang tiap-tiap minggu kumpul baju anak-anak lelaki dia untuk dibasuh, dikeringkan, dilipat dan di iron di rumah. Anak-anak lelaki sikit pun tak pandai buat kerja rumah. Ini bukan aku reka cerita. Memang aku kenal orang macam tu. Ada tu, anak lelaki lepas makan pun pinggan dibiar bersepah atas meja. Langsung anak lelaki tu tak kisah pasal pinggan yang dia dah makan sampai tak ingat orang lain tu. Katanya, tu kerja orang perempuan. Orang perempuan dalam rumah tu la kena basuh pinggan, hidangkan, cedukkan nasi, basuhkan baju sampai lipat boxer pun, mengharap orang perempuan uruskan.

Alasan? Semua tu kerja orang perempuan. Orang perempuan kena bersedia menghadapi hidup lepas kahwin, katanya. Katanya.

Tapi guys, apa masalah di sini?

Lelaki yang manja tu nanti, dari kecil tak biasa pikul tanggungjawab-tanggungjawab yang kecil,simple, mampu ke nak pikul tanggungjawab yang lebih besar dan berat macam memberi nafkah kepada seisi keluarga?

Orang zaman dulu mungkin memang begitulah didikannya. Zaman ayah dan pakcik aku dulu, memang orang lelaki tak disuruh berkerja dalam rumah, tapi memang seawal sekolah rendah lagi dah disuruh mencari duit sendiri. Gunalah apa-apa cara sekali pun. Itu pun, derang masih diajar basuh pinggan sendiri lepas makan, kemas tempat tidur sendiri lepas subuh.

Lelaki zaman sekarang buat apa? Kerja melepak dengan kawan, banyak merempit, sibuk main game DOTA lah, segala game online la, tidur sampai ke zohor la. Lepas sibuk nak cari makmum sana sini. Nak cari calon bini yang pandai masak, baik budi pekerti, lemah mebut, pandai mengemaskorang rasa logik ke dengan kondisi lelaki macam tu nak cari bini yang macam tu? Result orang lelaki kebanyakannya corot. Kalau universiti tu, ramai perempuan berbanding lelaki walaupun sebenarnya ratio lelaki dan perempuan di Malaysia ni, Lelaki lebih ramai. Dalam sekitar 3:1 macam tu. Itu baru yang masuk kolej, belum kira jumlah lelaki yang nak ikut program dakwah dan tarbiyah. Makin sepi. Sepi guys Kalau buat majlis majlis kenduri zaman sekarang ni, harapkan tok imam je lah baca doa. Tak ramai ellaki mampu. Ramai buta huruf arab ni. So please wake up lelaki lelaki malaya. Tak suruh pun bajet jadi macam Fatah amin ke..Aaron aziz ke..cukup lah kalau dapat buktikan yang diri tu layak dan mampu menjadi lelaki yang bertanggungjawab membawa kebahagian kepada keluarga baik didunia mahupun diakhirat sana. Ni aku ni kira mewakili suara gadis-gadis malaya lahhaha. Kalau tanya ni, mest ramai gadis-gadis setuju dengan aku. Kan???

2. Pendidikan zaman sekarang dah berubah, jadi kita pun perlu berubah

Berubah dari sudut apa? Semua orang pun tahu, zaman sekarang ni memang semua orang hidup susah. Keluar universiti susah nak dapat kerja. Seorang kena buat 2-3 kerja macam yang disarankan oleh pak menteri. Jadi tidak ada pilihan buat pihak lelaki mahupun perempuan, untuk sama-sama keluar mencari kerja, mencari rezeki untuk menampung kehidupan sekeluarga.

Serius guys, zaman sekarang dah tak relevan kalau nak suruh perempuan je jaga anak, urus rumah, tapi lelaki dibiar melepak. Sebabnya zaman sekarang ni majoriti perempuan berkerja dan berkerjaya. Bila balik rumah, dua-dua penat. Suami penat, isteri pun penat. Habis, tak kan lelaki dengan alasan penat mencari nafkah tu boleh baring depan tv tengok cerita lawak entah apa-apa, si isteri terkontang-kanting nak memasak sambil uruskan anak?

So pesanan kedua ni adalah untuk mak bapak zaman sekarang, generasi sekarang. Nak cakap generasi lepas macam dah lambat pula. Jadi mak bapak sekarang, kena cakna yang zaman sekarang ni, dah memaksa lelaki dan perempuan untuk terjun dalam masyarakat, memberi sumbangan untuk masyarakat. Jadi baik lelaki mahupun perempuan, anak-anak perlu diajar untuk memasak, menguruskan rumah. Selit-selitkan masa untuk si anak lelaki tolong urus rumah. Jangan nanti time dah kahwin, isteri bersalin, waktu pantang, suami langsung tak reti nak bantu. Lepas tu, serah semua pada mak mertua uruskan bini. Padahal bini tu bersalinkan anak dia.

Aku ada seorang kawan. Dia nih kahwin muda. Lelaki tu kira nampak baguslah juga. Tapi bila aku tanya, dia kata suaminya tu memang tak pandai uruskan anak. Tak pernah sekali pun mandikan anak. Oh, aku terlupa. Kedua-duanya kahwin ketika belajar. Ada sekali tu, kawan aku tu gugur. Aku tak tahu lah sebab apa. Tapi tengokkan gayanya yang kena jaga anak yang tengah lasak, sambil memasak tak pernah tinggal ( suami dia ni jenis memang tak nak makan luar. Tak kisah lah isteri dia morning sickness keapa ke, kena masak juga sebab nak jimat) Aku angin betul dengar kawan aku cerita ni.

Berkahwin ketika belajar yang masing0masing sama-sama kena pergi kelas , tapi suami tak nak jaga anak tu. Dibiar melekat dengan ibu dia.

Serius guys..aku hairan lelaki macam ni. Tapi aku lebih hairan dengan mentaliti mak bapak lelaki ni yang tak kisah anak derang buat macam tu kat anak perempuan orang lain. Ok itu cerita diorang. Mungkin mak bapak lelaki tu tak tahu zaman sekarang ni perempuan terpaksa keluar berkerja, terpaksa kerja kuat macam lelaki, bersaing dengan lelaki dalam bidang kerjaya masing-masing tapi kena kekalkan kelembutan gadis melayu. Jadi dia tak kisah bila anak lelaki dia langsung tak boleh nak diharap bab rumahtangga.

So dibulan ramadhan yang mulia ini, kepada mak mak bapak bapak sekalian, marilah kita berazam untuk menyediakan anak kita di masa hadapan. Perempuan kena diajar juga bab-bab menjaga kereta, bab komputer, microsoft words, presentations, adobe photoshop bagai.

Lelaki pun sambil ajar benda-benda lasak, kena ajar ada masa kena tutup video games, pergi tolong memvacuum ke, mengemop ke..basuh pinggan ke.

Ini semua untuk kebaikan bersama.

Supaya berkurang lah kes lelaki yang hidup dengan duit bini.
Dan berkuranglah kes kes perempuan yang kena tipu dengan lelaki yang bajet-bajet.

Oh, walaupun aku bujang, tapi tak available. Dah nak kahwin. Doakan aku

kakak sulung

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sc5uhg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News