Selasa, 6 Jun 2017

Ramadhan Yang Tercemar

Ramadhan Yang Tercemar

Assalamualaikum. Hai. Nama aku panjang gila so cukuplah aku dikenali dalam confession ni sebagai K. Tak percaya betul akhirnya aku letak jugak tulisan aku kat sini. Aku memang tulis kat sini sebab aku harap jiran sebelah rumah aku baca dan semua yang baca ni dapat kesedaran.

Aku nak cerita pasal bulan Ramadhan yang banyak tercemar dengan aktiviti lagha masyarakat kita, Melayu terutamanya. Sebelum tu aku nak cerita, aku lahir dekat kampung, membesar dan sekolah dekat kampung. Umur 18 sampai 25 aku belajar luar negara sekarang aku tengah tunggu utk berkhidmat sebagai doktor. Aku tak pernah duduk bandar jadi aku tak tahu kebiasaan budak-budak yang duduk bandar macam mana. Yang aku nak cerita ni ialah kebiasaan masyarakat di bahagian yang kurang bandarnya, di sesetengah negeri di pantai timur semenanjung malaysia. Jangan cakap aku racist ke asobiah ke pulak. Aku memang asal pantai timur. Kawasan kejiranan yang aku duduk ni ada la dua tiga keluarga yang ada anak kecik, sekolah lagi. Darjah satu dua tiga. Paling besar pun anak diorang tingkatan 4. Aku dan adik beradik aku antara yang paling tua kat sini.

Cerita dia, bila sampai je bulan Ramadhan, mesti aku ada fefeeling duduk war zone. Satu kampung akan mula kedengaran bunyi letupan sana sini. Dari aku kecik sampai la dah tua sekarang ni. Tak bunyi mercun, bunyi meriam. Bukan tak pernah aku terjaga dari tidur sebab bunyi mercun ni.

Ketika diorang semua seronok berpung pang pung pang dengan mercun, diorang terlupa yang diorang telah menyebabkan pencemaran bunyi, dan pencerobohan terhadap privasi (invasion of privacy) orang lain yang tinggal di sekelilingrumah diorang. Kalau nak main dalam hutan tu tak ada la aku nak marah.

Bayangkan la anak jiran tepi rumah, sekali dengan ayah dia seronok main mercun macam dah tak ada esok, setiap malam lepas berbuka. Anak jiran lain yang masih bayi nak tidur tak boleh, yang nak study sebab nak exam pun tak boleh. Dan yang menganggur macam aku ni, memang ujian la untuk tidak mencarut setiap kali aku terkejut dengar bunyi mercun tu. Dia ingat aku menganggur tak payah study ke? Nak sound karang nanti marah. Jadi aku sekeluarga yang tak pernah main mercun ni diam je lah. Kutuk pun senyap-senyap je. Bapak aku pernah rotan abang aku sebab cuba-cuba main mercun dengan sepupu, masa tu abang aku darjah lima ke enam, aku tak ingat dah. Memang sorang pun adi beradik aku tak reti main mercun, apalagi nak kenal jenis mercun yang kawan-kawan duk sebut. Aku kenal mercun bawang je sebab dia ada rupa macam sup bunjut yang mak aku guna buat masak.

The point is, parents kena sedar yang tindakan main mercun tu salah. Aku tak tahu dari segi undang-undang salah ke tak. Tapi pernah je aku dengar kawan kepada kawan kepada kawan yang masuk lokap malam raya sebab main mercun. Dari segi ketenteraman awam, main mercun tu sangat amat salah. Ia menyebabkan ketidakselesaan keoada orang lain.

Kepada parents yang tak pernah larang anak main mercun, malah menggalakkan dan belikan, lepas tu main mercun sama-sama, fikirkan keperluan orang lain jugak. Korang nak ke nanti korang beranak baru, anak yang masih bayi tu nak tidur, tapi tak boleh sebab jiran-jiran tu bising dengan mercun? Atau anak korang dah besar sikit, nak SPM, nak study tapi terganggu sebab bunyi mercun tak henti? Satu hari nanti korang akan ada keperluan nak suasana yang tenang dan damai, tapi kalau Allah izinkan anak orang lain pulak datang buat bising main mercun tepi rumah korang. Nak ke? Hidup ni memang seronok abang kakak oi, tapi kalau korang terganggu sebab benda bodoh macam mercun ni baru korang tau betapa susahnya menahan sabar. Ikutkan hati aku buat je bom sendiri lempar belakang rumah dia. Aku ada la pengetahuan sikit-sikit tentang letupan yang koman-koman tu, tapi aku tak baling la nanti rumah aku kena sekali.

Jadi parents biar cerdik. Pandai beranak pandai jaga anak. Jangan reti buat anak saja. Anak-anak tak tahu salah ke tidak main mercun tu jadi ibu bapa yang kena jadi bijak, sedar diri yang mana salah yang mana betul. Jangan biar anak dan kita sekali menyusahkan hidup orang lain, berpanjangan jadinya kebodohan tu dalam generasi kita dan masyarakat. Parents yang menentukan pemikiran anak-anak, bukannya cara diorang berfikir tu terjadi sendiri.

Nak main mercun jugak pergi la tempat takde orang. Jangan aniaya jiran-jiran, doa orang teraniaya ni makbul. Solat tarawih tak nak kalah di masjid, mercun pun dia jugak yang menang. Amende gitu.

Masa aku tulis ni pun anak-anak jiran aku tengah main mercun jugak. Aku tahan je mulut tak nak mencarut. Aku fahan je ramai kawan aku yang memori bulan ramadhan dia ialah main mercun dan meriam, tapi benda tu benda tak cerdik pun, buat apa dibanggakan. Putus jari karang baru nak menyesal.

Hmm. Oklah tu je luahan kekesalan aku terhadap masyarakat yang menyambut Ramadhan dengan cara luar biasa ni.

Doktor K

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qTdjo2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News