Selasa, 6 Jun 2017

Nenek saudara budak tu rupanya [METROTV]

WANITA warga emas yang video dia menampar dan memukul budak perempuan lebih 30 kali dengan penggaru badan direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Perintah reman hingga 13 Jun ini, dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Hairol Azhar Mohd Ishak, terhadap suspek berusia 62 tahun itu.

Permohonan reman itu dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan terhadap wanita itu dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Hukuman adalah penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Azlin Sadari ketika dihubungi memaklumkan suspek adalah nenek saudara mangsa dalam kejadian yang berlaku pada September 2016.

"Video berkenaan dirakam rakan baik suspek," katanya.

Video berdurasi dua minit 50 saat itu menjadi viral di Facebook (Fb) sejak malam semalam.

Video itu menunjukkan seorang wanita memukul kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun sekurang-kurangnya 30 kali.

Berita mengenai kejadian itu disiarkan portal berita Harian Metro, pada 1.37 pagi, Selasa, 6 Jun 2017.

Berita berkaitan

• Dah tangkap



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r0wATS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News