Selasa, 20 Jun 2017

Parti BJP Pilih Pemimpin Dalit Calon Presiden India Akan Datang

NEW DELHI – Parti Bharatiya Janata (BJP) memilih pemimpin Dalit berusia 71 tahun sebagai calon presiden India akan datang, sebagai usaha mengukuhkan kedudukan parti itu dalam kalangan masyarakat kasta rendah.

Ram Nath Kovind yang berkhidmat sebagai gabenor negeri Bihar, akan menjadi calon presiden ke-14 India bagi menggantikan Presiden Pranab Mukherjee yang tamat penggal pemerintahan pada 24 Julai nanti.

Pencalonan presiden ditutup 28 Jun dan sebuah badan perwakilan pemilih terdiri anggota parlimen persekutuan India dan badan perundangan negeri akan memutuskan nama calon yang dipilih pada 17 Julai.

Sekiranya dipilih, Kovind bakal menjadi Dalit kedua yang menduduki jawatan paling tertinggi selepas K.R. Narayanan.

Dalam sistem tradisional India, Dalit adalah ahli kasta paling rendah.

Kovind merupakan bekas peguam dan menjadi anggota Parlimen sebanyak dua kali serta berideologi Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS).

“Saya akan bertemu pemimpin parti politik utama untuk mendapatkan sokongan,” kata Kovind.

Mempunyai pengaruh kuat dalam masyarakat Koli, pencalonan Kovind mungkin tidak menerima cabaran kerana beliau dilihat sebagai pemimpin kasta rendah yang mampu menarik sokongan kuat.

Mencalonkan Kovind sebagai presiden, memberikan BJP kelebihan memandangkan parti itu kini dilihat didominasi golongan kasta atasan.

Bagaimanapun, BJP dan sekutunya memerlukan sokongan daripada pembangkang bagi mendapatkan majoriti diperlukan dalam badan perwakilan pemilih.

Pengumuman pencalonan Kovind menerima kritikan seorang ahli politik terkemuka kerana keputusan itu dibuat tanpa berunding dengan pemimpin pembangkang.

“Itu cadangan BJP dan mereka kata akan memaklumkan kepada pembangkang selepas kenal pasti calon. Namun mereka tidak bertemu dengan kami sebelum membuat pengumuman,” kata Sitaram Yechury. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLY2Kj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News