Selasa, 20 Jun 2017

Rindu Dimarahi Julia Perez

Kehidupan dua selebriti popular Indonesia, Zaskia Gotik dan Ayu Ting Ting tidak lagi semeriah seperti saat masih adanya Julia Perez.

Memetik laporan detik.com Ayu dan Zaskia mengakui mereka sangat merindui bintang dangdut itu. Malah kata Zakia, sehingga kini dia masih berasa terpukul mendengar khabar Jupe meninggal dunia.

Zaskia menggambarkan Jupe seorang wanita hebat, tabah dan selalu membela dirinya setiap kali ditimpa masalah kini sudah tiada.

“Ini yang saya bangga dengan dia (Jupe). Kerana dia wanita yang tabah dan hebat. Kalau saya ada masalah dia selalu memberi sokongan dan nasihat. Saya rindu sangat pada Jupe,

“Waktu saya menyambu ulang tahun yang lalu, dia dalam keadaan kritikal tapi dia tetap telefon ‘maaf ya nggak bisa kasih apa-apa. Yang penting sihat senang,” kenang Zaskia sambil mengalirkan air mata.

Jupe memang tidak pernah penat untuk menegur teman-temannya apbila melakukan kesalahan. Itu juga yang dirasakan Ayu Ting Ting.

“Julia Perez itu orang yang tabah, berani, penyayang, tidak pernah bosan beri nasihat-nasihat. Kalau kita salah pasti ditegur,” tutur Ayu.

“Dia selalu ambil berat apa yang kita lakukan di televisyen, kalau kita salah pasti dia tegur. Sekarang ini benar-benar kehilangan kakak,” katanya.

Bagi Ayu dan Zaskia, tiada figura lain yang boleh menggantikan Jupe di mata mereka. Seorang teman, sahabat, rakan kerja, penyuntik semangat dan sangat profesional.

Julia Perez meninggal dunia pada 10 Jun lalu selepas tiga tahun menderita akibat kanser serviks.

The post Rindu Dimarahi Julia Perez appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLEUMB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News