Selasa, 6 Jun 2017

PDP Yakin Mampu Menang Di Saratok

KUCHING: Setiausaha Agung Parti Demokratik Progesif (PDP), Datuk Anthony Nogeh yakin PDP mampu menang untuk kerusi Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Lebih-lebih lagi PDP mempunyai beberapa calon berpotensi yang sudah turun padang bertemu pengundi,” katanya.

Memetik laporan Utusan Borneo, beliau menyokong penuh kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mahukan kerusi Saratok kekal menjadi milik PDP dan mana-mana daripada mereka boleh memenangi kerusi tersebut dengan sokongan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Walaupun menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk kepimpinan BN menentukan calon bagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti, calon untuk Sarawak harus daripada PDP dan BN,” beliau dipetik sebagai berkata.

Nogeh yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyokong kenyataan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah baru-baru ini mengatakan seorang wakil rakyat seharusnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen, bukan kedua-duanya pada satu masa.

“Selama ini Saratok milik PDP dalam semangat BN. Kerusi itu mesti diberikan semula kepada PDP. Siapa sahaja calon, terpulang kepada pucuk kepimpinan BN menentukannya tetapi ia mesti daripada PDP,” ujarnya.

Pada PRU Ke-13 (2013) Tan Sri William Mawan yang ketika itu merupakan presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kini dikenali PDP, bertanding di kerusi Parlimen Saratok dan mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ali Biju dengan majoriti undi 2,081. – Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sb2l1f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News