Selasa, 6 Jun 2017

Rayuan pendakwaan kes Lahad Datu bermula hari ini



PUTRAJAYA: Rayuan pihak pendakwaan terhadap 14 warga Filipina yang dibebaskan dan disabitkan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas berhubung pencerobohan Lahad Datu pada 2013, bermula hari ini.

Kesemua tertuduh yang dibawa dalam tiga kumpulan kecil diiringi anggota keselamatan masuk ke Mahkamah Rayuan pada jam 8 pagi. 

Sekitar kawasan mahkamah dan ruang lobi turut dikawal ketat oleh pasukan keselamatan manakala helikopter turut digunakan untuk memantau keselamatan. 

Hanya enam wakil media dibenarkan membuat liputan dalam prosiding rayuan berkenaan berikutan faktor keselamatan. 

Daripada 30 tertuduh yang didakwa pada 2014, sembilan daripadanya dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat selepas didapati bersalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. 

Empat lagi dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana menjadi ahli kumpulan pengganas manakala empat lagi dipenjara 13 tahun atas tuduhan sama.-BHOnline



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qRt0wl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News