Ahad, 18 Jun 2017

Pernah Gaduh Tapi Dato’ Aliff Syukri & Datin Shahida Guna Petua Ini Demi Pulihkan Emosi, Patutlah…

Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman cukup peramah dan merendah diri walau pun bertaraf jutawan dan selebriti. Apa yang dipertontonkan di media sosial seperti blog Abang Terlajak Laris, FB, IG dan Youtube, itulah dirinya yang sebenarnya. Tiada istilah berpura-pura dalam hidupnya. Kejayaan yang dicapai membuatkan Dato’ Aliff Syukri dipilih menerima beberapa anugerah. Beliau bersyukur dan gembira dengan pengiktirafan yang diberikan.

“Saya telah dipilih sebagai Ikon Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Ikon Usahawan Muda Melayu di bawah Dewan Keusahawanan Melayu tahun 2017. Saya bersyukur dan berterima kasih di atas anugerah-anugerah yang diberikan itu dan satu penghargaan buat diri saya.

“Idola saya adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dan saya cukup mengagumi kejayaan beliau dalam dunia korporat. Dalam hidup, duit memang penting kerana ia mampu memberikan kita keselesaan. Tapi bukan kebahagiaan. Bagi saya, kebahagiaan adalah apabila dapat menggembirakan hati mak, ayah, isteri dan anak-anak saya. Sebenarnya banyak dugaan apabila menceburi dunia bisnes. Perlu terima bermacam-macam kecaman daripada pelbagai pihak. Hati kena kuat dan jangan mudah putus asa.” Tambah beliau.

Gosip suami kahwin dua

Berkahwin pada usia muda dengan Datin Nur Shahida Mohd Rashid, pasti ada onak dan duri yang ditempuhi sepanjang perkahwinan. Bila ditembak soal rumah tangga kepada Datin, ini jawapannya…

“Kami berkahwin pada usia yang muda. Pada awalnya Dato’ yang memikat saya ketika saya bekerja di sebuah kedai jamu. Ketulusan dan keberaniannya berjumpa dengan keluarga saya membuka pintu hati untuk menerima huluran cintanya.

“Selepas kahwin, sebagai pasangan muda, selalu juga bertengkar. Masing-masing ego. Tapi saya pernah terdengar satu ceramah daripada Dato’ Fadilah Kamsah tentang perlunya kurangkan sikap ego kerana ia tidak mendatangkan kebaikan. Dan tak rugi pun jika kurangkan ego. Ia membuatkan saya terfikir dan sebagai isteri saya lebih banyak mengalah demi kesejahteraan rumah tangga.

“Pernah juga dilanda gosip kami hendak bercerai. Ketika itu memang kami bertengkar tapi biasalah, suami isteri. Tapi tidaklah sampai hendak berpisah. Begitu juga gosip kononnya Dato’ berkahwin dua. Yang kelakarnya orang ingat saya isteri kedua. Kecaman sudah biasa diterima bila jadi isteri orang popular. Mula-mula stres juga baca komen-komen netizen tapi lama kelamaan saya dah tak baca.” Ujar Datin Shahida.

“Untuk bulan puasa, kami akan kurangkan aktiviti. Selalunya air tebu jadi kemestian dan ikan patin masak tempoyak pula antara lauk kegemaran Dato’. Kalau nak tahu, Dato’ memang pandai masak dan air tangannya memang sedap. Main campak-campak pun sedap.

“Tahun ini jika tidak ada aral melintang kami akan beraya di sebelah keluarga saya di Kedah, sebelum beraya di sebelah Dato’. Mungkin hari raya keempat kami terbang ke luar negara. Belum pasti ke mana. Persiapan raya secara sederhana saja. Saya jenis ibu yang sentiasa beli baju untuk anak-anak. Jadi mungkin akan beli dua pasang untuk tambahan baju raya. Kami juga jarang pakai sedondon kecuali tahun lepas. Sebabnya Dato’ lebih selesa pakai jubah saja pada pagi raya.” Akhiri Datin Shahida.

Sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJ6oNV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News