Selasa, 6 Jun 2017

Pokok Merdeka Lambang Visi TRX


KUALA LUMPUR: Pokok berketinggian 22 meter yang ditanam pada tahun 1957 dan masih kekal berada di dalam kawasan Tun Razak Exchange (TRX) dinamakan sebagai Pokok Merdeka, sempena usianya yang bersamaan dengan tahun Kemerdekaan negara.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi catatan serta muat naik gambar pokok tersebut di akaun Facebook dan Twitternya hari ini.

“Sesuai dengan namanya, saya diberitahu pokok ini telah ditanam pada tahun 1957, tahun negara kita mencapai kemerdekaan.

“Saya mahu pokok ini terus dipelihara dan dikekalkan. Kita harus pastikan pembangunan yang kita laksanakan mesra alam sekitar dan diintegrasikan secara seimbang, tanpa menjejaskan alam semula jadi kita. Insya-Allah, pokok ini bakal menjadi lambang kepada visi TRX, membentuk ‘green lung’ Kuala Lumpur yang baru,” catatnya dalam kedua-dua akaun sosialnya.

Terdahulu, beliau meninjau perkembangan projek pembangunan TRX yang terletak di Jalan Tun Razak di sini, dan meluahkan rasa puas hati kerana projek hartanah itu berjalan seperti yang dijadualkan.

Katanya, banyak institusi kewangan yang berminat dengan projek ini kerana TRX akan menjadi pusat perniagaan masa hadapan di Kuala Lumpur.- Utusan Malaysia


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLpT9y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News