Sabtu, 10 Jun 2017

Polis Labuan Keluarkan 30 Saman Dalam Op Samseng Jalanan

LABUAN – Polis Labuan mengeluarkan 30 saman merangkumi pelbagai kesalahan sepanjang Op Samseng Jalanan yang diadakan di Jalan Tun Mustapha awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Labuan Sup Adzhar Othman berkata sasaran operasi ialah mereka yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah serta pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Operasi berlangsung selama tiga jam melibatkan dua pegawai dan 12 anggota yang memeriksa 100 kenderaan dan motosikal, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sepanjang operasi itu juga polis menjalankan saringan terhadap 145 pengguna jalan raya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t58715

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News