KUANTAN – Polis Pahang menumpaskan empat kumpulan samun di negeri itu selepas menahan 11 suspek termasuk seorang wanita menerusi operasi selama lima hari sejak Khamis lepas sehingga semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata suspek yang berusia 18 hingga 55 tahun terbabit dipercayai anggota kumpulan ‘Fakrul Balok’, ‘Norman’, ‘Afiq Sungai Ular’ dan Geng Black.
Selain Geng Black yang berpangkalan di Temerloh, tiga kumpulan lagi adalah dari daerah ini dan kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di negeri ini serta di ibu negara, katanya dalam sidang media di sini hari ini.
“Hasil penahanan ini polis percaya telah berjaya menyelesaikan beberapa kes yang membabitkan samun jalanan di negeri ini termasuk samun kedai 24 jam menggunakan pistol tiruan,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qXCaLw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News