Sabtu, 10 Jun 2017

Remaja Perempuan 13 Tahun Ditahan Sedang Berparti dan Ambil Dadah di Kuala Lumpur

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ketika umat islam lain sibuk mengumpul pahala dan beribadat di bulan Ramadan ada juga yang masih sibuk dengan soal duniawi.



Menurut Harian Metro, seramai 22 individu ditahan ketika sedang berparti dan mengambil dadah pada Rabu lalu di sebuah pangsapuri di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Turut ditahan ialah seorang remaja perempuan berusia 13 tahun!

Sumber: Berita Harian

Serbuan yang dilakukan kira-kira jam 9 pagi itu mendapati semua suspek positif dadah. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, polis turut menemui 40 pil dadah ketika serbuan tersebut.

Turut dirampas adalah 26 pil eramin dan 14 pil ekstasi di dalam pangsapuri yang disewa semata-mata untuk mengadakan parti tersebut.”

Sumber: Harian Metro

Kesemua 22 individu yang ditahan membabitkan 16 lelaki dan enam wanita. Sembilan daripada mereka adalah remaja bawah umur dengan yang paling muda remaja perempuan berusia 13 tahun. Mudahnya anak muda sekarang terjebak…

Kes berkenaan adalah kes parti peribadi pertama yang berjaya diambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Ujian air kencing yang dilakukan mendapati semua yang ditahan positif dadah dan akan didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.” 

Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang? Memalukan keluarga! Kesian ibu bapa….



Baca: Pelajar Tingkatan Empat Berkomplot Dalam Kes Kecurian Kereta dan Dadah di Sik, Kedah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4JRvB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News