Sabtu, 10 Jun 2017

Selepas Turki, Pakistan Pula Mahu Hantar 20,000 Tentera Ke Qatar?

ISLAMABAD - Kerajaan Pakistan telah memutuskan untuk menghantar kontinjen tentera ke Qatar selepas keputusan yang sama telah dibuat oleh Turki, lapor pakistantribe.com.

Menurut laporan oleh media milik negara Turki, portal Urdu TRT, Pakistan dijangka menghantar lebih daripada 20,000 tentera ke Qatar.

Keputusan ini dibuat di bawah perjanjian yang ditandatangani oleh tentera Pakistan dan Turki.

Sebelum ini, parlimen Turki meluluskan rang undang-undang untuk menggerakkan tentera Turki ke Qatar dan meluluskan perjanjian antara kedua-dua negara tentang kerjasama latihan ketente

raan.

Rang undang-undang dibentangkan di National Assembly of Pakistan untuk menghantar 20,000 tentera ke Qatar, dilaporkan oleh TRT pada 9 Jun.

Selepas rang undang-undang di

luluskan di Dewan Negara, Pakistan menggesa kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian melalui dialog.

Masih tidak diketahui sama ada keputusan Pakistan baru-baru ini akan memberi kesan kepada peranan Pakistan dalam mengetuai pakatan ketenteraan Arab Saudi, yang diketuai oleh pesara Panglima Tentera Darat Pakistan, Raheel Sharif.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2snUkGk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News