Selasa, 20 Jun 2017

“Saya pernah dapat lagi rendah dari RM300” – Alyah tak pasti siapa yang dimaksudkan suaminya

PENYANYI popular Datin Alyah menafikan dia adalah penyanyi yang ditawar dengan bayaran sebanyak RM300 bagi menjayakan program malam raya dengan sebuah stesen TV.

"Saya pernah dapat lagi rendah dari RM300" - Alyah tak pasti siapa yang dimaksudkan suaminya

“Saya pernah dapat lagi rendah dari RM300” – Alyah tak pasti siapa yang dimaksudkan suaminya

Menurut Alyah, dia enggan masuk campur status yang dimuatnaik suaminya Datuk Ramli MS di laman Facebook sehingga namanya dikaitkan dalam masalah itu.

“Banyak yang bertanyakan perkara ini kepada saya. Kalau bukan rakan yang beritahu, memang saya tak ambil tahu pun. Ingin dijelaskan individu yang dimaksudkan itu bukan saya.

“Bukan apa, selama ini saya dan suami menguruskan kerjaya masing-masing. Jadi apabila status itu tular di Internet, saya tak pasti siapa yang dimaksudkan. Saya pun tak bertanya kepada suami,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Alyah berkata, dia pernah menerima bayaran lebih rendah daripada itu ketika awal kemunculannya sebagai penyanyi.

Pada masa sama, Alyah tidak menafikan sekarang masih terdapat segelintir rakan artis yang ditawarkan harga sebegitu daripada stesen TV.

“Bagi saya. perkara ini bukan sesuatu yang baru. Jadi apabila ia terjadi lagi, ia tidak mengejutkan. Ternyata dari dulu sampai sekarang sama saja.

“Sepatutnya pihak stesen TV perlu mengambil kira keadaan semasa sebelum menawarkan harga kepada artis,” katanya.

Terdahulu, status yang ditulis pengarah muzik Ramli MS tular apabila dia menyatakan terdapat stesen TV yang menawarkan RM300 kepada penyanyi bagi menjayakan program malam raya.

Menerusi status sama, Ramli mempersoalkan bayaran itu tidak berbaloi pada zaman sekarang dan membandingkannya dengan tahun 1972.

Sumber: Metro



Sumber “Saya pernah dapat lagi rendah dari RM300” – Alyah tak pasti siapa yang dimaksudkan suaminya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQNJjp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News