Selasa, 20 Jun 2017

Situasi Ini Buat Dato’ Siti Sedih & Rasa Kosong Tiap Kali Tiba Syawal

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin mengambil pendekatan mengamalkan konsep berjimat cermat dalam menyambut Aidilfitri pada tahun ini. Menurut Siti, memandangkan ekonomi negara tidak begitu stabil, beliau dan keluarga lebih senang menyambut lebaran secara sederhana.

“Raya tahun ini saya dan suami bersederhana saja tetapi yang penting dapat berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara. Maklumlah ekonomi kita tidak berapa elok, kita perlu berjimat cermat dalam segala hal. Lagipun bersederhana adalah yang terbaik dalam melakukan setiap perkara.

Sedih terkenangkan arwah nenek

Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, Siti Nurhaliza mengatakan dia dan suami akan menyambut Syawal bersama kedua-dua belah keluarga.

“Kami memang amalkan beraya di kedua-dua belah keluarga cuma hari raya di mana dahulu saja yang belum diputuskan lagi. Jika sambut Syawal di Kuala Lipis, Pahang kemudiannya akan ke kampung suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa di Kedah atau sebaliknya.

“Biasanya pada pagi raya pertama, kami akan ke masjid bersembahyang raya, menziarah pusara keluarga terdekat dan kemudian makan bersama-sama keluarga di rumah. Jika ada kelapangan kami berkunjung ke rumah saudara atau kenalan pada sebelah petangnya,” terang Siti Nurhaliza tentang perancangan hari raya akan datang.

Siti juga turut berasa sedih dengan kehilangan nenek kesayangan dua tahun lalu. Kehilangan itu juga membuatkan Siti sedikit sebanyak berasa kosong menyambut Aidilfitri.

“Sebelum ini, saudara mara semua akan berkumpul untuk bersama nenek setiap kali raya. Memandangkan nenek sudah meninggal dunia, emak saya yang akan jadi ketua dalam keluarga adik beradiknya untuk berkumpul. Alhamdulillah saya percaya, hubungan kami sekeluarga bertambah erat walaupun jauh di sudut hati terasa kehilangan nenek,” ujarnya.

Ditanya bagaimana dengan sambutan hari raya bersama peminat, Siti tenang mengatur bicara.

“Saya biasanya adakan majlis rumah terbuka pada hari raya bersama Sitizone sama ada dianjurkan syarikat atau keluarga. Saya harus melihat masa yang sesuai kerana tidak mudah membuat rumah terbuka jika tidak buat persiapan rapi.”

UCAPAN HARI RAYA

“Pada kesempatan ini, Siti ingin mengucapkan selamat hari raya buat seluruh pembaca Mingguan Wanita dan juga para peminat saya. Maaf zahir batin.”

Sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMfeiW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk πŸ‘ Like & πŸ’• Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News