Selasa, 20 Jun 2017

Tentera Laut Indonesia, Malaysia, Filipina Lancar Rondaan Bersama


HANOI -- Angkatan Tentera Laut Indonesia, Malaysia dan Filipina pada Isnin memulakan sesi latihan ketenteraaan bersama di pangkalan tentera pulau Borneo, Indonesia lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Latihan itu, sekaligus menandakan pelancaran rondaan maritim lebih terselaras sebagai langkah memerangi militan Islam yang menawan bandar selatan Filipina.

Ia dilakukan selepas militan Islam menyerang bandar Marawi di pulau Mindanao selatan Filipina. Singapura dan Brunei turut mengambil bahagian sebagai pemerhati.

Pada hari sama, VNA melaporkan Indonesia turut merasmikan pusat perintah tentera laut di pangkalan Tarakan di wilayah Kalimantan Utara, pulau Borneo.

Dua lagi pusat sama akan diwujudkan di Tawau, Malaysia dan Bongao, Filipina.

Pegawai pertahanan Indonesia berkata, pusat itu akan bertindak sebagai penyelaras rondaan bersama dan berkongsi maklumat bagi memastikan keselamatan serantau.

Selain itu, sebuah pasukan polis bergerak ditempatkan di kawasan utara pulau Sulawesi untuk menyekat militan melintasi sempadan.

Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu berkata, memulihara keamanan maritim menjadi antara tugas negara anggota ASEAN.

Justeru, Tentera laut Indonesia meminta kerjasama penduduk tempatan termasuk nelayan melaporkan kepada pasukan keselamatan jika terdapat individu atau aktiviti mencurigakan.

Panglima pangkalan udara Tarakan, Kolonel Didik Krisyanto berkata, tiga pesawat pejuang Sukhoi turut digunakan dalam usaha membanteras militan.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tmYZWz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News