Selasa, 20 Jun 2017

Video : Kecekalan Suami Isteri OKU Menarik Perhatian Perdana Menteri



JERLUN: Kecekalan seorang ibu tunggal beranak tiga, Intan Zulina Osman, 31, menjaga kedua ibu bapanya yang cacat menarik perhatian Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan mengenepikan segala protokol, Perdana Menteri meluangkan masa selama kira-kira 10 minit bagi melihat sendiri kehidupan dilalui Intan bersama ayah, Osman Jusoh, 77 dan ibunya, Siti Zabedah Saidin, 69, di Kampung Kodiang Lama Luar, Mukim Kepelu, dekat sini.

Tiba kira-kira pukul 6.30 petang, Perdana Menteri yang turut diiringi Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah bersama isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad turut menyalurkan sumbangan peribadi selain menyampaikan kotak Barakah sumbangan kerajaan negeri.

Intan ketika ditemui Utusan Malaysia mengakui, kunjungan Perdana Menteri ke rumahnya adalah kenangan yang amat manis dan tidak akan dilupakan selain berterima kasih terhadap semua bantuan diberi. - UtusanOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sNfmi2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News