Sabtu, 10 Jun 2017

Wanita sebar mesej digoda,dedah mula perkenalan dengan Shukri Yahaya

Wanita sebar mesej digoda,dedah mula perkenalan dengan Shukri Yahaya|Terkini, wanita yang mencetuskan kontroversi kononnya digoda pelakon Shukri Yahaya menegaskan cetakan skirn mesej perbualannya dengan aktor itu adalah benar dan dia sesekali tidak menyunting gambar dengan tujuan tertentu.

Wanita berkenaan, Sarah Danielle berkata, dia mengenali Shukri ketika pelakon itu menjalani penggambaran di Kuala Kangsar, Perak beberapa bulan lalu.

“Saya tiada apa-apa niat buruk selain mahu menghentikan gangguan dia. Sejak cerita ini heboh dia padam akaun Wechat peribadinya dan profile Instagram pun dia tukar.

“Kenapa dia nak takut kalau tidak bersalah, malah Instagram saya juga disekat dari akaunnya,” ujar Sarah yang merupakan model sambilan

 

Apa lagi dia nak? – Shukri Yahaya
Manakala Shukri ketika dihubungi mStar Online pula mempersoalkan apa yang sebenarnya dimahukan wanita itu.

Bagi Shukri, 29, jika dia terus melatah dengan situasi ini, ia akan membuatkan dirinya juga dilihat seperti wanita tersebut yang hanya inginkan publisiti murahan.

“Apa lagi yang dia nak? Tidak takutkah dia kalau saya ambil tindakan? Saya diam sebab malas nak panjang cerita kerana perlu menjaga reputasi diri dan maruah keluarga.

“Orang yang mengenali saya, tahu siapa saya. Jadi, kalau saya terus melayan, apa bezanya saya dengan dia?” soalnya sambil menyifatkan apa yang dilakukan wanita tersebut seperti ingin membodohkan diri sendiri.

Sementara itu, pelakon 7 Hari Mencintaku ini menggangap kontroversi yang tersebar sejak pagi Jumaat itu bukan satu masalah besar baginya.

Shukri berharap agar perkara ini tidak dipanjangkan lagi bagi menghormati bulan Ramadan.
Malah isterinya Tya Adnan hanya ketawa melihat situasi itu selain menyifatkan ia satu perkara yang agak kelakar.

The post Wanita sebar mesej digoda,dedah mula perkenalan dengan Shukri Yahaya appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4FnoH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News