Isnin, 5 Jun 2017

Perak Kecewa Sikap Syarikat Cuai Jaga ‘Ex KD Rahmat’

IPOH – Kerajaan negeri Perak kecewa dengan kecuaian sebuah syarikat swasta menjaga bekas Kapal Diraja (KD) Rahmat sehingga menyebabkannya mengalami kebocoran dan senget di pesisir laut berhampiran Marina Waterfront, Lumut, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata secara dasarnya insiden yang menimpa kapal dikenali sebagai ‘Ex KD Rahmat’ itu boleh dianggap satu kesalahan serius.

“Tindakan terhadap syarikat Plus Asia Jaya (Perak) Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan memelihara kapal itu hanya akan diputuskan selepas memperoleh laporan penuh daripada jawatankuasa khas yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Nolee Ashilin berkata jawatankuasa khas itu turut melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selain pihak kerajaan negeri sendiri.

Katanya kos membaik pulih kapal itu akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat berkenaan demi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Mengulas mengenai keadaan terkini Ex KD Rahmat, Nolee Ashilin berkata ia semakin stabil selepas kerja-kerja mengeluarkan air daripada badan kapal dengan menggunakan saluran paip telah dilakukan sejak Sabtu lalu.

Selain itu, Nolee Ashilin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah meminta semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung kejadian itu.

“Kita tak mahu orang ramai buat spekulasi tentang perkara ini kerana ia boleh mewujudkan satu keadaan yang tidak baik dan mungkin mengganggu siasatan yang akan dibuat,” katanya.

Ex KD Rahmat dikatakan mengalami kebocoran kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu menyebabkan sebahagian badannya senget sehingga gambar kapal itu tular di media sosial Facebook.

Selepas dilucut tauliah beberapa tahun lalu, Ex KD Rahmat diserahkan kepada syarikat Plus Asia Jaya (Perak) Sdn Bhd oleh kerajaan negeri Perak sebelum dijadikan muzium atau kapal pameran kepada orang awam sejak 2011, namun ditutup Ogos tahun lalu atas faktor keselamatan. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2suIc3D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News