Isnin, 5 Jun 2017

Video: ‘Balasan Tunai Di Bulan Ramadan’


CHERAS – Dua penjenayah menerima balasan ‘tunai’ apabila dirempuh sebuah kereta ketika cuba melarikan diri sebaik meragut seorang gadis berusia 19 tahun di hentian bas Jalan Kuari, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 18 dan 23 tahun itu patah kaki akibat dirempuh kereta yang dinaiki rakan mangsa yang cuba menghalang mereka.

🔵 Dua peragut patah kaki dilanggar kereta rakan mangsa04 Jun 2017 9:16 PMKUALA LUMPUR 4 Jun – Dua lelaki menerima balasan ‘tunai’ beberapa minit selepas meragut seorang wanita apabila kedua-dua penjenayah itu patah kaki ketika cuba melarikan diri daripada dikejar rakan mangsa di Jalan Kuari, Cheras hari ini.Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 18 dan 23 tahun itu cedera akibat merempuh kereta dinaiki rakan mangsa yang cuba menghalang mereka.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, mangsa berusia 19 tahun diragut dua lelaki berkenaan yang menaiki motosikal ketika berada di hentian bas berdekatan lokasi kejadian.“Wanita terbabit menghubungi rakannya yang kebetulan berada hampir dengan tempatnya diragut sebelum mengesan suspek.“Suspek kini dirawat di Hospital Ampang dan pemeriksaan awal mendapati masing-masing mempunyai lapan dan sembilan rekod jenayah lampau manakala motosikal dinaiki mereka pula menggunakan nombor pendaftaran palsu serta dilaporkan hilang baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE🔵http://m.utusan.com

Posted by 1 tamilanz sangam on 4hb Jun 2017

Rakaman video yang memaparkan bagaimana kedua suspek berkenaan dilihat meraung kesakitan sambil dimarahi oleh orang ramai di tempat kejadian turut menjadi tular di laman sosial.

“Lu masa buat(ragut) tak ingat malu, sekarang orang ambil gambar lu baru nak malu?” tanya seorang individu yang kemudiannya menghadiahkan sepakan kepada suspek.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, lelaki itu meragut beg tangan mangsa menyebabkan gadis itu segera menghubungi rakannya yang dalam perjalanan menjemputnya di hentian bas.

“Suspek kemudian merempuh kereta rakan mangsa yang kebetulan tiba di hentian bas itu. Mereka terjatuh di bahu jalan selepas merempuh Kia Forte itu.

“Suspek mengalami kecederaan di muka, badan dan patah kaki. Justeru, polis menahan mereka dan membawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut,” katanya memetik laporan daripada sebuah akbar berita tempatan.

Menurutnya, semakan mendapati motosikal yang digunakan suspek adalah dicuri dan mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah.

Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. -MYNEWSHUB.CC

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rVzkXP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News