Selasa, 20 Jun 2017

Sarawak Kurangkan Kemalangan Melalui Program Pemutihan

SARIKEI – Sarawak berjaya mengurangkan lokasi kerap berlakunya kemalangan di negeri itu daripada 75 kepada 30 kawasan melalui program pemutihan yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil berkata program yang dilaksanakan secara berterusan itu dibiayai melalui peruntukan di bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata sebelum program pemutihan itu dilaksanakan, pihak JKR akan mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan sering berlaku di sesebuah kawasan berkenaan.

“Apabila sudah dikenal pasti, tindakan akan diambil untuk menambah baik keadaan permukaan jalan raya dan lain-lain halangan yang boleh mendatangkan bahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Simpang Bulat di sini hari ini.

Jerip berkata faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri yang cuai dan tidak bertimbang rasa semasa memandu.

Sementara itu, beliau berkata peratusan kemalangan maut di Sarawak untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini mencatat penurunan sebanyak 16.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bagi tempoh Januari hingga April 2016, jumlah kematian akibat kemalangan ialah 151 orang manakala bagi tempoh Januari sehingga April 2017, jumlahnya seramai 121 orang.

Penurunan jumlah kematian akibat kemalangan itu memberi gambaran baik terhadap usaha mengurangkan kadar kemalangan di negeri itu.

Turut hadir, Pengarah JKJR Sarawak Davina Agnes Enteli, Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Porkan Abang Budiman, Ketua Polis Daerah Sarikei Supt Mat Jusoh Muhammad dan Ketua Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Sarikei Nurul Fairezzah Safri. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2slL98B

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News